Wednesday, September 10, 2008

Menanti & Terus Menunggu


Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai Pencipta Alam, Engkau pemilik sekalian keajaiban. Sekali lagi hamba merasai kasih sayangMu. Selesai sudah peperiksaan semester kami, semuanya atas keizinanMu. Terima kasih atas petunjukMu, ilmuMu, pertolonganMu serta hidayahMu buat kami tatkala kami berjihad menduduki peperiksaan. Sungguh segala puji itu milikMu yg telah meminjamkan kami kekuatan dan ketenangan. Sesungguhnya kami tidak layak berlaku riak dan takabur atas nikmat yg telah kau pinjamkan. Thank U Allah!


Makhluk Tuhan bernama manusia mmg x dapat lari dari istilah 'menanti' atau sinonimnya 'menunggu'. Tatkala diwaktu pagi, x sabar rasanya menantikan kehadiran malam sbb nak tengok indahnya rembulan berpagarkan bintang2. Subhanallah! indahnya. Yang mana diwaktu malam, x keruan pula menantikan siang menjelang, semata-mata nk tengok senyuman mentari sebagai bukti kebesaranNya.


Begitu juga kami yg baru je habis posting sem 1 tahun 4. Dok tgh tunggu result exam ari tu. Ceh! memang takut2 berani nak amik result. Tak tau lagi ble nk kuar. Namun setakat ni jiwa agak tenang. Mgkin sbb tgh Ramadhan kot. So, x de la rasa adventure sgt nk tunggu result tu. Tapi tengok la nnt, ble time org sibuk2 anta berita result dah kuar, hah...time tu la segala hormon2 dirembes secara excessive skali. Sebelum amik exam ari tu, rasa x sabar2 nk abih exam. Biar lepas sume burden kat kepala otak ni. Cepat la abih study week ni wei. Lambat bebenor rasanya. Mmg jenuh jugak menunggu study week ni abih. Bkn apa..at least pressure nk exam tu dpt diredakan.


Lepas abih exam yg ketiga. Kami bebudak posting triad+psychi kena tunggu lagi utk exam yg paling last. Gap masa antara exam ketiga n exam terakhir adalah 4 hari. Tunggu la jugak sampai harinya tiba. X sabar nk abih exam ni. Bukan saja exam paling last malahan juga paling mendebarkan dan mencabar kekuatan emosi and psychology. Sebab apa? Sebab ada 'man station" iaitu station yg akn menguji communication skill kami di mana seorang 'stimulated patient' akn ditempatkan dan disuruh berlakon dgn kami. Apa lagi...kami dgn poyo bercampur seram pon menggunakan segala kepakaran 'menggoreng' yg ada. X hangus sudah. Uhuks...Bukan satu tapi kami dapat 3 'man station'. Fuhhh! abih je 3 'man station' tu hamba & sahabat2 rasa bahgia giler.Hihi...


Apa yg memenatkan kami selama hampir 3 jam exam tu adalah station rehat yg byk banget. Bayangkan 7 station rehat, every station 10 minutes. Boring gler beb. Seeloknya bawak Quran time exam tu, rasanya bleh abih satu juzuk at least. Skali lagi kami tunggu dan tunggu utk ke station seterusnya. Iskh2 jenuh btol.


Alhamdulillah exam pon dah berakhir tapi pose x abih lagi. Teruskan2...hehe. Dan akhir skali kena tunggu lagi utk result yang mungkin esk lusa akn kuar. InsyaAllah. Emmm...tau x kenapa perlunya manusia itu menunggu? Pada pendapat hamba itulah salah satu method Allah nak menguji keimanan kita. Bilamana menunggu itu memerlukan kesabaran, iman akn teruji. X kan x biasa dgr...Sabar itu sebahagian dari iman...bukan separuh ye.


Acapkali manusia melafazkan bhw penantian itu satu penyeksaan. Mmg benar...ia akan menyeksa bila nafsu mengepalai akal dan iman lalu menjadikan kita tidak sabar tatkala iman diuji. So, kita manusia perlu menunggu, sbb x slalu benda yg kita btol2 nak datang sepantas kilat. Eventhough klu nk mkn kat kedai mamak pon kena tggu order. Perkara sama jugak berlaku klu kte kena beratur panjang utk withdraw duit dari ATM. Bila kita dah meninggalkan dunia yg fana ni pon still kena menanti di barzakh sebagai permulaan ke alam akhirat. Jadi, ingatlah Allah itu Maha Kreatif tapi manusia boleh jadi stereotype, sungguh Dia menguji hamba-hambaNya dalam pelbagai bentuk kesusahan atau kesenangan. Namun dalam setiap kesulitan pasti Allah selitkan hikmah kemudahan. Wallahualam...




Monday, September 8, 2008

Berebut Dengan Semut!


Bismillahirrahmanirrahim...

Kringggg!(bukan bunyi alarm jam hp sebenar). Tgn pun meraba-raba ke tepi katil mencari hp yg tgh berdering sambil mata yg tgh ptosis akibat kesan ngantuk yg blom pudar. Dalam kesamaran penglihatan, jam di hp menunjukkan kol 4 .30am. Tetiba kedengaran sayup2 suara rummetku ntah yg mana satu, samada Cik Zul atau Cik Syah(masing2 bukan nama sebenar,bukan juga nama samaran diorang). Diorang berdua ni mmg bertindak selaku jam loceng hamba selama ni memandangkan lontaran suara diorang yg mampu menggetarkan gegendang telinga hamba ni. Iskh!malas yg amat rasanya nk bgn sahur. X pe la. Kumpul je kudrat yg ada. Dgn rasa lemah longlai, hamba kejutkanlah rummet hamba yg sdg lena lg tu, mayb tgh mimpi soklan exam kot, tu yg x bgn lagi tu. Hihi! x marah Cik Hus. Tapi klu btol pu ape salahnya. Mgkin Allah nk bg hadiah. Bleh 'share'...Uhuks!


Fuhhh!Sahur pagi tadi hamba ngan para rummet menikmati muratabak ngan roti john. Tapi apa yg malang pada pagi itu, berpuluh-puluh ekor semut halus ntah spesies apa, telah menghurung 1/6 bahagian roti john kami. Deme ni mmg penghuni tetap kat umah kitorang ni. Iskh! x bleh jadi ni. Semut ni nk sahur gak ke? X payah le? Kome sume bkn pose pun. Kesian le kat kitorang ni. Tp mayb gak korang pon pose. Salah sorang drpd rummet hamba pon dgn rasa x puas hati cuba menyelamatkan seberapa byk roti john yg ada drpd kerakusan sang semut. Namun sang semut x pernah kenal erti putus asa. Tu yg 'salute' tu. Ada di antara diorang mati bergelimpangan dlm lautan mayonnaise. Hah! bahagian tu mmg x leh nk makan dah le. X dapek den nk nolong nye hah!
Lawak pula hamba melihat gelagat rummet hamba yg sorang ni. Dia mmg pantang sket bab2 membazir ni. Tension gak muke dia. Dah le pagi ni nk exam, pastu kena 'rebut' makana ngan semut plak. X pe la Cik Zul pe kata hg motivate diri sempena bulan Ramadhan ni. Anggap je la hg 'share' roti john tu ngan semut2 tu daripada hg berebut ngan dia. Dia sedaya upaya mengoyakkan seminimum mgkin bahagian roti john yg telah dikuasai semut. Anggap je la dia bersedekah kat semut2 tu. Sharing is caring. Salah kte gak dok wat 'food exhibition' kat semut2 tu. Bak kata pepatah, '"org memberi, kte merasa". Kihkih!


Kepada semut2 sekalian, makan makan gak, x lupo doakan kami ni ek. Bukan nk merasuah kamu sume. Tapi pe salahnya doakan kami kan? Time kasih. Klu korang pon pose, kami ucapkan selamat berpose ye! Di samping tu, hamba nk 'dedicate' surah An-Naml(semut) buat sume hamba2 Allah yg berpose pada hari ini!Tahniah dan semoga diberkatiNya slalu:)

Saturday, September 6, 2008

Andai Tidak Diizinkan...


Sudah 6 hari kte umat2 islam berpose. Ntah kenapa hamba rasa Ramadhan taun ni cam best. Camne plak ngan tuan hamba yg lain? Mgkin ade byk improvement kot taun ni...Eceh! Walau apapun sama2 lah kte mengharap agar amalan2 kte di bulan penuh barakah ni diterima Allah. Kte bkn la beribadat sbb 'syok sendri' atau atas dasar riak dan rasa nk menunjuk-nunjuk, tapi sbb kte syg pada Allah. Oleh sbb itu, sama2 lah btolkan niat utk trus mengabdikan diri kpdNya. Klu rasa2 cam terpesong sket tu, cpt2 la istighfar dan kembali semula ke 'tract' yg btol. Sungguh Allah itu Maha Pengampun. Siapalah kte tanpa belas kasihNya. Oleh itu, hiduplah kte semata-mata mncari redhanya bkn redha manusia sbb redha manusia akn dtg sendri tatkala Allah redha kpd kte. Btol tak?


Malam ni hamba nak kongsi cerita yg telah dikhabarkan oleh seorang sahabat hamba mengenai salah seorang pesakit yg pernah di'interview'nya semasa posting ortho yg lepas. Bukan la nak ngumpat. X baik tau bulan2 pose ni. Hamba pon x kenal sape yg dimaksudkan sahabat hamba tu. Sekadar nk kongsi pedoman je.


Tgh2 sibuk menelaah 'case note' patient tersebut sahabat hamba bagitau hamba yg 'patient'nya tu accident lalu patah tulang tgnnya. Kesian pula hamba mendengarnya lebih2 lg bila sahabat hamba bgtau yg patient tersebut sdg mengandung tp belum sarat lg. Ya Allah! kesiannya. So, apa berlaku pada kandungannya? Alhamdulillah! Syukur kandungan itu selamat.


Syukur? mgkin pada kte tp bukan pada si ibu. Hah! terkejut beruk hamba. Nape plak begitu. Patutnya si ibu bersyukurlah sbb anak dlm kandungannya tu slamat . Common sense la kan. Btol x?


Itu kata kte, tapi mmg si ibu tidak redha akn kehadiran bayi itu. Kenapa? Masa tu mcm2 la sangkaan syaitan bermain2 di fikiran. Anak itu x berbapakah? Adakah kemalangan itu disengajakan demi menyingkirkan ank itu? Setelah ditanya lebih lanjut rupanya semua sangkaan itu meleset. Astaghfirullah! Inilah manusia sentiasa berfikiran singkat tanpa usul periksa. Mudah skali menuduh dan menunding jari. Bukanlah ank itu tidak berbapa dan bukan pula kemalangan itu disengajakan.


Namun si ibu mmg sebenarnya mahu 'membuang' ank itu. Dia sendri berjumpa dgn doktor utk menggugurkan kandungannya. Appoinment telah pun dibuat namun kehendak Tuhan mengubah segalanya. Dia kemalangan beberapa hari sblom tarikh pengguran itu. Apa yg bermain di benak hamba, ank dlm kandungan itu selamat. Klu nk diikutkan klu kemalangan yg semacam itu, slalunya akn menyebabkn keguguran. Ahhh! apa nk diherankan, mgkin Allah nk lindungi ank itu.


Hamba rasa semakin kagum dgn kekuasaan Tuhan apabila kandungannya tidak pun terjejas sekalipun si ibu menjalani ujian x-ray utk mengesan tulang tangannya yg patah. Masyaallah, apa yg ingin Engkau buktikan ya Allah? Hamba sedar akhirnya, andai Tuhan tidak mengizinkan sesuatu maka segala usaha yg dilakukan adalah hambar. Seperti si ibu yg mahu melakukan pengguguran ke atas kandungan itu telah dihalang oleh Allah. Sekalipun kemalangan berlaku ke atasnya, sedikit tidak menjejaskan kandungannya. Sekali lg Allah lindungi ank itu dari kesan negatif pancaran x-ray.


Jika Allah mahukan sesuatu itu terjadi, tak perlu sesiapa yg menyuruh dan jika Allah mahu menghalang sesuatu itu terjadi, tak perlu siapa yg membantu.


"Sesungguhnya urusanNya apabla Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadaNya, 'Jadilah!' maka jadilah sesuatu itu"
(Yasin:82)

Dari Sahabatku...



Hadiah di atas merupakan pemberiaan sahabat hamba, insan kerdil yg sebenarnya x lah berapa kerdil sgt...kahkah!( x marah nnt kena jual). Dia mmg suke gelakkan hamba, namun, dia bukanlah 'manic,. X pe la, sesungguhnya hamba rela menjadi 'clown'nya asal dia nmpk gembira. Hamba gembira sbb mampu buatnya tersenyum( x le terharu plak). Dia kwn hamba yg baik walopun dia x gheti nk tunjuk sbb affect dia 'blunt'...Huhu!


Usah salah sangka, 'she was not my new fren' seperti yg tertera pada hadiah di atas. Hampir beratus-ratus purnama hamba mengenali makhluk Tuhan ini. Sedikit sebanyak taulah hamba perangai dia ni...Hihi!


By the way, all the best buat insan kerdil. Hamba bangga dgn tuan hamba. Thank u very much 4 all your courage and support. Semoga tuan hamba bahgia slalu di dalam redha Ilahi. Amin...

Tatkala Ku Terima Hidayah...



Huishhh! hari berganti hari, minit berganti minit, saat berganti saat, pejam celik pejam celik, nmpknya exam semakin berakhir, one more paper to go...Alhamdulillah. Berkat2 study group kot...byk gak soklan yg we all discuss keluar time exm. Wow! bila baca je soklan yg rasa2 cam penah dgr je tu, terus senyum sorang2 smpi ke telinga. nasib baik le pengawas peperiksaan x prasan, klu x mesti dorang ingat hamba ni x 'berapa sihat', almaklum la paper psychi plak masa tu.


Bayangkan...hamba yg mmg x minat study group ni, bleh plak terjebak dlm kancah study group time2 genting study week ni. Fulamak, ajaib gak. Selalunya study week ni, adalah utk kite sume study sendri. Tapi pe nk buat. hamba mmg dah x leh tahan dah. Sbb otak ni dah x leh nk 'consolidate' pe yg hamda blaja. Oleh iu, terpaksa la hamba amik jalan alternative utk wat sesuatu demi nk duduk exam kali ni. Hamba join la study group 3 org sahabat hamba ni. hamba 'angkut' skali rummet hamba yg sama2 x leh nk blaja sendri. Mmg x tipu, ia berlaku secara tiba2. Hamba n rummet pun pelik gak. Mmg x leh masuk dlm kepala otak. Kte org pon berkampung le kat blek sorang kwn ni lebh kurang 7 hari 7 malam...Maka terbit la study group yg direalisaikan oleh 5 0rg makhluk hingga ke hari peperiksaan.


Sepanjang study week mmg happy btol. kami bertungkus-lumus utk kebaikan bersama. X lupo gak berdoa utk ke'sukses'an bersama. Terselit gak gurau senda n sakat menyakat di antara kami. Kadang2 terlampau juga, namun cepat2 kembali ke pangkal jln takala ditegur rummet ku yg tegar...Kuikui! Walopun, kami exm dlm bulan yg penuh barakah ni, semangat menyambut Ramadhan tetap kental, terawih tetap terawih...Hehe.


Exam semakin dekat...Huishhh! seramnya. Kami betol2 mengharapkan doa2 ayah bonda dan sahabat handai. Sampai skang doa masih lagi dipanjatkan. Moga Allah terus menyalurkan pertolongan dan hidayah buat kami.


Alahamdulillah inilah hikmahnya study group, itulah hebatnya Allah punye plan. Sukar bg manusia utk mentafsirkan perancangan Allah buat dirinya kecuali mereka2 yg betul2 mahu berfikir. Mungkin jika sy terus study sorang2 kat blek, sy x dapat pun hidayah Allah ni ketika exam. Mayb hamba x dapat jawab soklan peksa tu yg kebykkannya adalah hasil discussion kami sepanjang study week. Thank u Allah. Engkau mmg Maha Menolong.Itulah keberkatan berkongsi ilmu, x perlu kedekut ilmu, ia akn makin bertambah jika kte sudi kongsikannya.


Buat sahabat2ku, terima kasih buat kalian ber4. Kalian adalah antara kekuatanku. Sesungguhnya Allah x pernah kedekut. Mari teruskan berdoa. x pernah berputus asa. Pujuklah hati kita.


Sekarang ni, kami serahkan segalanya kepada Yang Maha Menentu. Kami mohon agar Dia kurniakan yg terbaik buat kami. Moga dia jadikan kami hambaNya yg bersyukur dan selalu mengingatiNya tatkala Dia hadiahkan kami kejayaan. Dan semoga dia memujuk dan kuatkan hati kami jika Dia mahu menguji kami dengan kegagalan. Ya Allah! Redhakanlah kami dlm menerima segala ketentuanMu. Sekalian keajaiban adalah milikMu yg mutlak. Jika kau mahu memberi nescaya tiada siapa mampu menghalang. Amin!






Friday, August 22, 2008

Bila Diri Disayangi...(Part 5)




Ye mmg btol! x salah klu kita nk kenal dulu pastu baru kawin...x kan nk kawin secara membabi buta je kan? Jom 'flash back' blk sejarah masa zaman Rasulullah dulu dimana ada sorang sahabat yg ingin mendirikan rumah tangga. So, dia pon bgtau kat Rasulullah agar mencarikan calon istri buatnya. Disebabkan rasa 'tawakkal'nya yg begitu tinggi, s shbt pon dgn selambanya x kisah sape2 yg jadi istrinya. Katanya dia trima je, x payah jumpe2 pun x pe. Tp Rasulluah still nasihatkan dia agar jumpe dulu bakal istrinya tu sblom kawin. Tapi si shbt kata kat Rasullah, go on je. kamu nak tau apa yg jadi lepas tu?


Hah!Pe jadi?


Maka berlangsunglah perkahwinan seperti yg di'plan'kan. Namun, selepas kawin si shbt rasa x puas hati plak ngan istrinya sbb x menepati ciri2 yg dikehendakinya. Beliau pon mengadulah kat Rasulullah.


Then, apa Rasulullah buat pastu?

Pe lagi, Rasulullah pon menemplak dia. Tu la sblom kawin x nk jmpe dulu. Skang, kan dah nyesal. So ibrahnya di sini, kita kenalah kenal dulu calon 'soul mate' kita sblom kawin. sebab tu la, Islam menganjurkan 'taaruf' atau suai kenal diantara pasangan yg berhajat nak kawin tapi mst mengikut prosedur yg ditetapkan oleh syarak.


Oh ye, camne plak tu? x sama ke cam dating?


Eh, mana sama. Klu nk taaruf x le br2 je. At least bwk la kwn yg mahram. Klu bleh bwk yg lebih tua sket dari kita. Lebih bagus klu mak abah atau pasangan yg dah kawin yg jadi perantaranya. Al-maklumlah, deme ni lebih experience sket...Eceh!Oleh tu, x samalah ianya dgn dating sbb pertemuan tu dpt di control and x melalut-lalut. Maka , insayaallah, maksud tercapai and x de pon mukaddimah zina berlaku.


Bleh x nak taaruf pakai emel or sms je. Ye la, u know la kan zaman skang ni...Dengan teknologi yg serba canggih ni...


Ooo...i know wut do u meant by...Islam mmg x haramkan sume tu as long as u know ur limit. Klu u rasa u x mengarut dlm sms u tu, fine. Tp persoalannya, mampukah u wat sume tu?U tau la kan, setan2 zaman skang ni makin educated. Sentiasa cari chance utk pesongkan kita.Klu rasa x 'kuat' tu, baik jgn la.Tp kan lebih baik ikut cara yg dianjurkan Islam. Baru nmpk lebih 'gentleman'. Baru nmpk sket ur effort utk kawin.Dun u think so?


Errmmm...btol gak!


Bila Diri Disayangi...(Part 4)


Alamakkk! klu camtu susah le. Camne nk kawin klu x kenal?

Betul gak tu. Ok camni la, pe kata kita tuko istilah 'bercinta sblom kawin' kpd 'berkenalan sblom kawin'. Amacam? cool x? Eceh!

Tp camne tu? Klu dah kenal and nak kawin kena la bercinta dulu kan?Oh!...no...no...bkn gitu ye. Dua istilah trsebut adalah berbeza sbb 'berkenalan sblom kawin' x perlu diselangi dgn bercinta. Ooopsss! x phm x pe. Meh kita sama2 discuss. Menurut Al-Quran, i'm sure dat u all mesti familiar ngan ayat ni:

"Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)"
(Al-isra : 32).

Mmg btol la tu, cinta tu fitrah manusia. Tapi cuba la kita tgk cinta zaman skang ni. Fulamak! mmg mencabar ayat suci Al-Quran di atas.

Apa 'evidence'nya? X main sodap mulut je ckp. Mak abah kita pon bercinta gak dulu sblom nikah. Tanpa cinta diorang tu, maka x de la kita kat muka bumi Tuhan ni.

Pehhh! pedas seh. Ok2, bawak bertenang, x cpt melatah. Alhamdulillah, mak abah kita tu telah dikuatkan jodohnya oleh Allah Ta'ala. Huisshhh! tp klu nk diikutkan, cinta zaman skang ni lebih dahsyat dari zaman mak abah kita dulu. Deme dulu ada gak lg segan-silunya. Niat nak kawin tu mmg sungguh2. cepat bgtau family klu dah jmpe yg berkenan tu. Tp apa dah jadi dgn zaman kita. Dah kurang pon unsur2 cam mak abah kita dulu.

Ok, fine.!I admit mmg kurang la sket kesungguhan dlm nk mendirikan rumah tangga tu sbb masing2 de reason tersendiri. Tapi kami x de la sampai nak berzinakan?

Kalau pon x de zina terang-terangan, zina gelap-gelapan mesti ada kan?

Meaning?

Jangan plak x ngaku yg kebanyakan muda-mudi zaman skang ni klu dah bercinta mst nk kluar dating?

Ok, mmg pon, but wats wrong wif dat? Juz kluar jalan2 je. Makan2. Sembang2. Tu je. Nak kenal hati perut masing2. So, kena la buat camtu. Salah ke? bukan buat benda x baik.

Are u sure tu je yg diorang buat? Kamu pasti deme x pegang2 ataupun 'terpegang'? Kamu pasti deme x sembang pasal benda2 yg membawa kpd zina? Bleh kamu jamin yg deme x tenung2 sesama sendiri sehingga ditipu syaitan?Bukan ke sume tu akn akhirnya membawa kpd zina?Maka i rasa ayat Quran di atas dah jawab pon persoalan u bahawasanya u, i an deme2 di luar sana tu yg mengaku muslim x bleh buat benda yg menghampiri zina.

Tapi bukannya kita melakukan zina kan?

Lets make things clear. When 2 people, different gender, bkn mahram, touch each other, itu ialah zina tgn. Bila u tgk partner u lama2, itu zina mata. When u say i 'lap'(love) u, u 'lap' me to ur partner, tu zina mulut. Bila u dok asyik teringat kat partner u siang, mlm, pagi, petang, hah! yg tu plak zina hati. Huishhh! mmg abih sume nikmat Allah digunakan utk berzina. Klu i nak list kan sume, takut u tertido plak. Tak pun u terus jatuh terjelepok. Zina bkn setakat melakukan persetubuhan haram antara by ang girl je. Tapi byk lg.

Oh,Sis! Rupanya sampai camtu skali definition of zina. Takut plak i mendengarnya. Mmg jelas sudah ayat Al-Quran tadi. i understand now. But...

Aha!!!

But i still dun understand d istilah 'kenal sblom kawin' tu. Wat do u mean acteli?





Kami & Encik Taxi

Bismillah...

Syukurlah...sampai gak hamba ngan 3 org shbt hamba pulang ke kolej. Mmg penat gler tp hamba still nk anta post ni bkn sbb hamba nk lepas geram semata-mata tp hamba nk share sket pengalaman hari ni ngan tuan hamba sume. Hari ni segmen 'jln2 tengok alam' skali lg membawa hamba skalian ke time square. Ahaks! mmg hepi sbb mmg plan nk mkn hartz chicken buffet kat sana.After mkn2 and jln2 sket, kami pon rasa dah tiba masanya 'sireh pulang ke gagang'. Eceh, so pe lg, moh balik!
Oppps!Nampknya hujan di luar sana. Ok x pe, lets take a cab. Namun, alangkah dasyatnya que kat tmpt tggu taxi tu. Pehhh!sket punya pnjg beb! Apa yg peliknya, kelihatan byk je taxi2 tersadai kat time square tu namun tidak pula mereka mahu mengambil passenger yg tgh beratur pnjg tu. Rupa2nya deme sengaja nk amik kesempatan time2 hujan camni. Deme malas nk layan passengers yg bli kupon taxi dgn rege rm10 tanpa mengira destinasi tu. Rugilah konon. Ni la masanya deme nk amik kesempatan. Oh tidak! ni bkn satu tuduhan tp kenyataan siap de evidence-based lg. Nnt hamba buktikan. Kami pon cam dah giv-up je nk naik taxi apatah lg monorail. Sure kena bentang tikar la kot, dok ramai2 tggu monorail yg mmg tentunya ramai passanger time2 hujan cam ni. Nak pulak ari jumaat, mmg peak hour.


Nak dijadikan citer, dlm ketidakstabilan emosi kami ber4, que taxi plak makin lama makin pnjg, tetiba ada lak sorang abg taxi ni meng'offer' taxi kat ktorang tp tuan hamba sume nak tau, fulamak! skali dia mntak tambang rm20 beb! Makkk aiii! tgh 'manic' ke ape abg ni, tadi masa nak dtg sini, kitorang kena charge rm6.50 je. Kami pon trpaksa menolak. Bukan apa, kami ni student, blom keje lg. Tak ke terlampau sgt tambangnya tu. Iskh2, x pe, kami still pasrah.


Dalam keputus-asaan itu, ada la salah sorang shbt hamba ni yg masih penuh semangat mengharapkan belas ihsan drebar taxi yg sudi amik kitorang dgn tambang yg reasoanable or at least pki meter pon x pe,utk bwk kami blk ke hukm. Lalu dia pon menahan taxi demi taxi dgn harapan yg menggunung sambil2 menerjah hujan dgn payung pinknya. Namun, apa yg lebih menyakitkan, ada plak sorang pak cik taxi ni yg demand tambang sampai rm30. Mcm nk tercabot roh dari badan. Walopun begitu, kami still gak tarik roh kami tu pulang ke jasad. Kami
dgn semnagt ppd yg masih menebal, menolak secara professioanl offer pak cik tadi...


Setelah berusaha beberapa ketika, kami terpaksa akur dan pasrah memandangkan dah masuk wak2 maghrib. jom le solat dulu. lepas maghrib karang kita blk le.maybe taxi dah de kot pastu. tp after maghrib pon still sama gak. que masih panjang.tabah btol diorang ni tggu taxi rm10. ye la, maybe dorang pon can kami. x larat nk bayar tambang taxi mahal2. ahhh! maleh nk layan taxi2 ni sume. jom le naik monorail. so, nk dipendekkan citer kami pon naik je la tren utk blk kolej. alhamdulillah smpi gak ke hukm walopun perjalanan tu penuh tragis.


dalam menganalisa kerenah abg dgn pak cik taxi td, tetiba plak teringat hadith 35 sbb memandangkan deme ber2 tu muslim cam kitorang. rasa cam nk baca je hadith tu depan diorang tp x ingat full version. so, blk td, hamba terus semak hadith. Hadith tu berbunyi begini;


Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu meminta membeli dgn harga yg tinggi bkn utk tujuan membelinya tetapi utk menipu org lain dan memudaratkan mereka, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya."
~Riwayat Muslim~


Hamba faham bkn sume drebar2 taxi camtu. tapi kita sbgi muslim hendaklah menunaikan tanggungjwb terhadap muslim yg lain. kami bkn nak naik free pon tp kami hanya mengharapkan tambang yg reasonable je. bkn niat menegur tp sekadar mengingatkan. kpd encik2 taxi yg sdg bz bekerja di luar sana, tetaplah bekerja brsgguh2 dan fikir2kan lah citer dan hadith di atas. pape pun time kasih kpd encik2 drebar taxi yg tetap bekerja dgn semangatnya bkn semata-mata sbb income tp sbb nk tolong org sampai ke destinasi yg ingin dituju.tahniah utk anda.



Hadith 35-Persaudaraan Islam & Hak Muslim

Thursday, August 21, 2008

Lu Pikir La Sendiri!

In The Name of Allah,The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, hamba tetiba tergerak hati nk share ssuatu dgn tuan hamba sume pasal msg yg hamba trima dr sahabat karib hamba. Katanya dia dpt msg ni dr ayahandanya. Hehe! pape pun, meh le sama2 kita pikir sambil2 amik ibrah dr citer ni...

Msg nye lbh kurang camni:

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60...(penah tgk ke?mayb ada di antara tuan hamba yg penah tgk citer ni)

Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.


Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu patah balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Hah! camtu la citernye. Agak tragis. Namun, ibrah yg hamba dpt dr citer ni adalah ssungguhnya Allah itu Maha Tahu apa yg terbaik utk kita. Oleh itu, x perlulah kita kesalkan takdir kita sbb sesuatu yg terjadi ke atas diri kita pastinya ada hikmah terbaik disebaliknya. Sekalipun ianya adalah takdir malang buat kita. Bukankah disebalik kesusahan itu ada kemudahan (94:6-7). Oleh itu, pujuk la diri.

Barangkali kita membenci sesuatu padahal ia amat baik buat kita dan barangkali kita menyukai sesuatu padahal ia amat buruk buat kita. Oleh itu, selamat menganalisa diri~waallahualam~

Master Ur Mind,Design Ur Destiny


Kita adalah apa yg kita fikirkan...

Alhamdulillah...
pagi ni assessment psychi telah disempurnakn...
segalanya telah diatur Allah dgn baik skali...
hamba hanya mntk yg trbaik dariNya
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui kelebihan & kelemahan hamba


hamba tahu Dia Maha Tahu
Dia xkan uji jika hamba x mampu (2:284-286)
so, hamba mmg fokus dan yakin akn pertolonganNya
dan pagi ini Dia buktikan skali lg kasihNya buat hamba
dapat kes yg hamba practice smalam...
hehe...x sangka petua prof muhaya menjadik plak


neway tu sume tlah tertulis...
hamba juz usaha je...
thanx wat 2 org shbt karib hamba
sbb ssh payah trained hamba smalm...
kpd pelakon wanita trbaik dlm telefilem 'aku manic'
tahniah dan seinfiniti time kash wat anda...

kpd shbt d luar sana
fokuskn vison anda
visualize ur action & future
dun allow bad things influence ur thought
u r wut r u think
ur mind,emotion,action and result are alwaiz under ur control

akhir kata
tingkatkn prestasi,kurangkan fragility
kuikui(x phm x pe)
alwaiz make doa...

Tuesday, August 19, 2008

Bila Diri Disayangi...(Part 3)


Oh gitu rupanya. So, tepuk dada tanya selera, adakah anda jujur dgn pacar anda atau anda pon sama ngan kawan saya ni. Hanya sekadar ingin mengumpan perhatian si dia lalu sanggup berpura2 baik. Menjadi yg bukan diri. Pijak semut pon x mati. Besalah tu zaman kentut wangi la katakan. Make-up? Mak oiii! tebal cam org tgh ‘manic’. Sedangkan rasa cam pinggan melekat kat muka. Seksa btol nk wat dia ni suka kat aku. Itulah kebanyakan kita hari ini yg sedang asyik dibuai rasa ingin dicinta dan menyinta. Cuba untuk berlakon demi mencuri perhatian si dia namun akhirnya kita rebah di pentas sendiri. Jadi benarkah kita akn mengenali partner kita jika yg demikian itu berlaku? Benarkah anda betol2 boleh mengenali hati budi partner anda melalu percintaan? Sekalipun si dia berhasil berpura2 di hadapan kita, adakah dia akn terus mampu berpura2 menjadi insan yg memenuhi syarat kita utk selamanya? Berapa lama dia mampu bertahan?Tidakkah dia akn berasa bosan dan penat lalu menjadi dirinya yg sebenar? Memang pon. Sebelum dapat semuanya indah.Semuanya bukan mustahil. Tapi bila dah dapat, lu pikir la sendiri.
To Be Continued...

Izinkan aku menumpang...(Finale)




"Tatkala aku terjaga dari mimpi itu,ku sedari airmataku mengalir deras membasahi pipi.Dikala itu hujan telah berhenti dan langit kembali cerah.Matahari kembali trsenyum.Aku seperti punya semangat baru. Aku lantas bangun mengambil wudhu’ dan mengenakan pakaian solat.Aku sujud memohon ampun pd Allah ats segala dosa2ku krn menyesali qada’dan qadarNya ke ats diriku.Terima kasih Allah krn memujukku.Terima kasih Allah krn kau masih memberi sinar buatku.Aku sedar kini,hidupku adalah utk mncari redhamu dan bkn redha manusia.Akn ku jaga amanah mu ini. Kau pinjamkanlah aku kekuatan utk aku menempuh jambatan ke akhirat.Aku tidak akn mengkhianati amanahmu ini.Wahai ankku,maafkan ibu krn menyisihmu.Kau tidak pernah berdosa.Dan kau bukanlah hina.Kau tetap suci dari segala noda.Ibu bersalah sayang.Maafkanlah ibu krn menyalahkanmu.Akan ibu semai cinta Allah dlm dirimu.Wahai ank yg ku cinta,kaulah kekuatan ibu. Biarpun kau lahir tidak berbapa dan ibu pula tidak bersuami, namun iznikanlah diri ini menjadi ibu dan bapa buatmu.Doakan ibu sayang".

Monday, August 18, 2008

Bila Diri Disayangi...(Part 2)


Diskusi selama 2jam lebih telah diadakn brsama seorang sahabat yg sgt2 la berpengalaman dlm jurusan ‘couple’ ni. Malangnya beliau x grade2 gak(Hukhuk!mintak maaf ye). Skang ni beliau telah kembali ke pangkal jln dan sedang bergiat aktif bidang kesenian dakwah. Menurut beliau, semasa zaman mudo2nya dulu, dia diminati ramai.sehingga x menang tgn melayan kerenah peminat2nya dulu(Eceh!bajet hot). Katanya dulu mmg la dia sependapat ngan masyarakat yg kononnya bercinta itu dpt membantu kita mengenali partner masing2.Namun,sejauh mana kebenaran itu?. Mari kita terjah. “Entah la wei,aku rasa mmg best sgt bila ada org syok kat kita. Rasa cam dihargai la sgt2. Oleh itu, demi mengekalkan kasih syg dan perhatian dia pd aku.Aku ‘tend’ utk berpura2 jadi ‘sweet’ dan nmpk baik supaya rasa sygnya pd aku x pudar malh makin membuak-buak2”(Adushhhh!). Sambung beliau lagi, “aku nk mnjadi sempurna di matanya supaya dia x pandang pd yg lain. Aku nk jadi insan yg memenuhi ciri2 yg selalu disebut-sebutnya di depanku. Kadang2 aku sanggup buat benda yg aku x suka janji dia suka. Sebab aku rasa inilah pengorban. Kan cinta perlukan pengorbanan”(Hiks!). Hah!Sambung2,“ tapi bape lama sgt la aku bleh tahan. Lama2 aku penat n x larat lg berpura2. Last2 terkeluar gak lah apa yg sepatutnya terkeluar dulu. Dia nmpk apa yg x baik tentang aku. Dia x suka. Fine! aku pon dah penat berlakon.Finally,kami ‘break-up’. Aku x terkesan sgt pon. Maybe sbb aku dah penat sgt nk pura2 depan dia”. Cuma sket2 terkilan tu adalah. Besalah manusia”.

To Be Continued...

Izinkan aku menumpang...(Part 3)

“Namun ibu, andainya aku diwujudkan Tuhan dari benih suamimu ,andainya ibu punya suami yang boleh ku gelar bapa, andainya aku boleh dinasabkan atas nama insan yg ibu cinta, sudah tentu ibu sujud syukur kepada Tuhan dgn kehadiranku ini.Sudah tentu ibu tertunggu2 akn kelahiranku ke dunia.Sudah tentu ibu mengangap aku pelengkap masa depanmu.Sudah tentu ibu menganggap aku penyeri hidupmu.Sudah tentu cita2mu ibu adalah utk memiliki aku.Pastinya kelahiranku kelak dirai dgn penuh rasa kesyukuran kepada Yang Maha Mengurnia.Di kala itu akulah anugerah Tuhan yang paling ibu nanti-nantikan.Akulah nyawa ibu.Tapi apakan daya, ibu tak punya status seorang isteri oleh itu aku menjadi hina di sisi ibuku sendiri. Aku bukan lagi sebuah anugerah dari Tuhan buat ibu tetapi balasan buruk dan malapetaka dari Tuhan.Aku adalah sampah yg jijik di hatimu.Itulah nilaiku disisimu ibu.Namun ibu, aku masih mahu memohon darimu.Memohon sedikit belas dari insan yg paling rapat dgnku.Aku mahu mohon ihsan darimu.Kerana apa?Kerana dikau ibuku.Gerangan termulia yg mampu ku berikan kpdmu.Wahai ibu,izinkan aku menumpang di rahimmu, izinkan aku lahir melihat dunia,izinkan aku memanggil dirimu ibu,izinkan aku merasai titisan susumu,izinkan aku bermain dan bersenda denganmu,izinkan aku merasai kasih sygmu,izinkan aku mendoakanmu,sudilah kiranya kau mendakapku dgn penuh rasa sygmu,sudilah kiranya kau mendidik aku menjadi insan yg berjaya di sisi Tuhan.Aku mungkin adalah musibah buatmu di saat ini namun di masa hadapan aku mungkin adalah kunci utkmu menempah syurga Allah.Aku adalah anugerah Tuhan buatmu dan aku juga adalah ujian Tuhan buatmu. Janganlah ibu sia-siakan amanah ini.Aku adalah harta ibu yg hakiki dan begitu juga ibu dihatiku.Ibu bukan insan paling malang krn memiliki aku.Ibu tidak ‘kotor’ kerana melahirkan aku.Aku adalah tanda cinta dan syg Allah buat ibu.Tabahlah ibuku. Kuatkan hatimu. Aku dtg utk memujuk kesedihan ibu.Aku tahu iman ibu masih kental.Ibu tidak sanggup membuang aku walaupun ibu mampu melakukan itu.Kerana apa?Kerana kau insan bergelar ibu.Telah Allah hadiahkan naluri agung itu buatmu. Ayuh ibu!Marilah merebut cintaNya”.
To Be Continued...

Bila Diri Disayangi...(Part 1)



Memang sayang kepada yg menyayang. Sayang sekali tiada yg menyayang.Menanti-nanti org tersayang. Bilakan sayang akan mendatang. Bilakan diri akn disayang.Ku nanti sayang utk disayang.
Eceh!Apa tu?Abaikan klu x phm.Kerana ia dtg dr org yg x pernah disayang.Hehe:D. Sebenarnya nk citer pasal kasih,cinta dan sayang antara manusia ciptaan Ilahi yg paling agung ni.Ini adalah pendapat peribadi melalui pemerhatian dan berdasarkan pengalaman mereka2 yg brpengalamn…Ehemmm!Survey tlh dijlnkan dan nmpknya dapat disimpulkan sedikit sebyk tentang pandangan manusia hari in tntang perlunya berkasih dahulu sblom mendirikan mahligai impain.
Fuiyooo!!!x payah le buat2 terkejut,sebenarnya mmg ramai pon yg x setuju kawin tanpa bercinta terlebih dahulu.Tak main la pakai org2 tengah ni(atau bahasa dolu2 ‘telangkai”).”Ate x payah le mak ngan abah susah2 carikan suami utk yong,taulah yong cari sendiri”(tu versi perak).Aje giler(keje gile) kamu nk kawin ngan minah tu, kenal pon idok(perak lagi).Tu la sdikit sebanyak pandangan atu stigma masyarakat hari ini tentang perkahwinan, tanpa cinta,dating,miskol and sms. Sebab apa fenomena ini berlaku?Sebabbbb…
a) ingin mengenali hati budi pasangan sendiri. Orang yg aku nk kawin ni mestilah aku kena kenal latar belakang hati perut dia dulu.
b) ingin merasai asyiknya bercinta,asyiknya rindu sebelum kawin.(bak kata Amelina “semakin rindu,semakin asyik”)
c) x mahu menyusahkan mak abah dan mereka pon x pyh dipersalahkan jika pape berlaku kat umah tangga kitorang.
d) X kelasss langsung kawin pki org tgh ni.Cam org dolu2 je.
Sebenarnya byk lg reason2 yg menyebabkn dorang refuse utk kawin tanpa cintan-cintun terlebih dahulu. Dorang ni lebih suka mengenali perangai pasangan dorang terlebih dahulu sblom amik keputusan utk kawin.Klu dorang rasa x best je partner dorang tu, x pyh le kawin,break-up je.Slamat jalan romeo.Tapi klu rasa cam sesuai gitu,Alhamdulillah! ke jinjang pelamin akhirnya.


To Be Continued...

Izinkan aku menumpang...(Part 2)


Aku cuba memejamkan mataku dgn harapan kesedihan ini dapat kulupakan seketika.Apa yg harus ku perbuat dgn ank ini?Perlukah aku menyingkirkannya dari hidupku.Ya Allah!aku tidak mahu lakukan itu.Aku tidak mahu menerima laknat dariMu.Berilah aku petunjukMu Ya Tuhan."Assalammualaikum Buu...".Aku mendengar suara yg asing skali. Suara asing yg begitu manja yg telah menyentak keseduanku.Lantas aku membuka mata."Buu..."skali lg suara itu menggetarkan gegendang telingaku.Aku tidak berhalusinasi. Ia semakin jelas kedengaran.Aku cuba mencari puncanya."Ini aku ibu, aku berada dalam dirimu.Aku yg berkata2.Menyeru nama ibuku.Aku menyeru nama ibuku melalui rahimmu".Aku terus mencari suara itu. Ku pandang kiri dan kananku."Pandanglah ke rahimmu ibu.Aku di situ". Aku terus memandang ke rahimku yg sedikit membesar dari biasa krn janin itu telah berusia 3 bulan."Siapa kamu?Mengapa kau memanggilku ibu?Aku tidak kenal kamu".Aku bertanya dalam nada teresak2.Cuba mengawal perasaanku."Aku adalah makhluk Tuhan yg diizinkan olehNya utk berada dalam rahimmu.Akulah seketul daging yg sedang kau kandungkan.Akulah ankmu"."Tidakkk!Aku x kenal kau.Apa kau mahu dari aku".Aku cuba menyangkal kenyataan suara itu."Ini benar ibu.Aku berkata2 melalui rahimmu. Aku minta izin utk tumpang sebentar di rahim ibu.Izinkan aku berbicara dgnmu.Akulah parasit yg hidup dlm dirimu.Meskipun ibu tidak redha akn kehadiranku,meskipun bencinya ibu pdku,itu tidak mengapa kerana aku mengerti dan sesungguhnya aku sedar aku pembawa aib buat ibu.Aku bakal menghancurkan masa depan ibu.Aku bakal menggelapkan cita-cita ibu.Aku bakal meruntuhkan impian yg telah lama ibu bina.Aku telah ibu anggap berdosa sebelum sempat aku berbuat dosa.In semua kerana apa?Kerana aku wujud tanpa bapa.Kerana ibu memiliki aku tanpa suami.Kerana aku dijadikan Tuhan bukan dari benih insan yg ibu cinta".Aku terkesima mendengarkan kata2 janin itu.Sesungguhnya dia memang benar. Aku menjadi ‘kotor’ dan hina krn memilikinya tanpa suami.Itulah sebenarnya yg amat ku kesalkan.
To Be Continued...

Tiangku Runtuh, Rumahku Roboh (Part2)

Tolonggggg!!! Aku menjerit mintak tolong. Gegaran makin mengganas. dinding rumah aku dah retak tinggal nak tunggu belah je. Ya Allah! abis la aku mati terhempap dalam rumah ni. Aku dah tak boleh tahan perasaan takut ku lagi.Aku menangis meminta tolong sekuat-kuat hatiku dgn harapan ada yg mendengar. Aku hanya mampu mengesot seperti orang lumpuh. Mana la mak aku ni. Aku tiba2 risaukan mak yang entah ke mana. Apalah nasib mak sekarang ni.
Aku memang betul2 tak berkudrat lagi ni. Aku betul2 'helpless'. Siapa nak tolong aku ni.Aku terus menangis Ya Allah! betul ke skang ni kiamat. Ya Allah! Aku belum solat Asar lagi ni. Tolong aku Ya Allah, aku berdosa padaMu. Aku tak ingin mati tanpa sempat sujud padaMu. Aku tak mahu mati begini Ya Allah. Ya Allah, engkau lah tempat pergantunganku. Tiba2,”Dushhhh!!!”,tiang rumahku runtuh inginmenghempap tubuhku yg kerdil.Rumahku telah roboh.Aku mejerit menyebut nama Ilahi,”Allahhh!!!”.Aku terkejut dari tidurku.Ku rasakan jantungku berlari kencang spt mahu terkeluar dari dadaku.Peluhku menitis laju.Aku meraba2 tubuhku jika ada tulangku yg patah remuk akibat dihempap tiang.Nyata aku bermimpi.Mimpi yg ku anggap penuh tragis. Mungkinkah ia amaran Allah.Aku lihat jam di dinding telah pukul 6.30 ptg.Aku blom solat lg. Aku terus mencapai tuala lalu membersihkan diri.Lantas itu,aku berwudhu’dan terus menunaikan solat. Selepas bertadarus Al-Quran pd mlm iti.Aku menjengah ke langit yg penuh dgn lampu2 alam. Lalu aku berfikir akn kebesaran dan keluasan ilmu Allah. Ya Allah hebat sungguh diriMu.Melalui mimpi kau memberi hidayah pdku. Mungkin ada signifikannya mimpiku tadi. Rupanya Allah sedang mengingat aku yg alpa dibuai nikmat tido. Aku hampir meruntuhkan tiang agamaku,iman ku pun hampir roboh spt runtuhnya tiang rumahku digegar gempa bumi dan akibatnya rumahku roboh.Wahai yg Maha Pengampun, janganlah Engkau menghukum aku kerana lupa.Akulah hambaMu yg kerdil lg lemah.Ampunkan aku Ya Tuhan.Teruslah Engkau memimpin aku yg sering tersesat ini.Engkaulah yang Maha Melindungi.

Friday, August 15, 2008

Izinkan aku menumpang...(Part 1)


"Parasitttt!!!Ko mmg dasar parasit,x layak duduk dlm diriku.Kenapa aku?Aku x boleh trima ko dlm hidupku.Ko mmg dasar parasit.Aku x pernah mintak ko wujud dalam diriku.Kenapa ko datang?Sedangkan aku x pernah mengundang mu.Aku x bersalah.Aku x berdosa!Kenapa Tuhan berikan ko padaku.Dosa apakah yg aku lakukan hingga Tuhan memberi kifarah sebesar ini.Ya Allah!hambaMu ini benar2 x mampu menerimanya.Aku benar2 dalam keseduan. Sedih yang teramat dengan kehadirannya dalam rahimku.Bagaimana aku mahu brdepan dgn dunia tatkala kehadirannya akn mengaibkanku. Aku menjenguk ke luar jendela sambil meratapi nasibku.Dikala itu langit menangisseperti mengiringi kesedihanku.Sesekali bayu menyapa wajahku sepertinya ingin memujuk jiwaku,sekaligus mengeringkan air mataku yang x henti mengalir sejak aku disahkan mengandung benih makhluk durjana entah siapa yg telah meragut kegadisanku di suatu hari yang malang yang sama sekali terlalu jijik untuk aku mengenangkan. Belum sempat luka itu sembuh ia berdarah kembali dan terus bernanah dgn kehadiran janin ini.Sesungguhnya aku tidak redha akan kehadiranmu. Aku benar tidak rela.Kenapa kau menghukum aku.Aku jijik denganmu sepertimana aku jijik kpd si durjana milik benih ini. Aku terus menangis meratapi nasibku yg terlalu malang. Bagaimana masyarakat akn melihatku?Mampukah mak dan abah menerima aku yg kotor ini,yg telah melempar arang ke muka mereka.Adakah aku dilahirkan utk mengaibkan mereka?Aku berdosa.Terlalu rasa berdosa".

Friday, July 18, 2008

Tiangku Runtuh, Rumahku Roboh (Part 1)

Ya Allah, dah azan Asar dah...aku rasa baru jer semayang Zuhur tadi.Malas betol aku nak bangun.Tido jap lagi le.nanti lagi 10 minit nak Maghrib, baru aku bangun semayang Asar. Bestnya tido...
(aku sambung tido ngan nyenyaknya, best gler seh...tetiba...)
Eh, apsal katil aku ni bergegar, makin lama makin kuat plak. Iskh! tak bleh jadi ni, baik aku bangun lekas. Aku pun tengok kat bawah katil kot2 ada hantu ke pulak kat bawah katil ni, tapi takde pulak batang hidung hantu kelihatan. Iskh! Aku ni mengarut je, nanti nampak betol2 karang, melompat pulak. Tapi gegaran tu makin lama, makin kuat plak. Sampaikan aku tak dapat nak 'stable'kan kaki ku. Aku dah 'start' terhuyung-hayang. Aku semakin 'confused'. Eh! apsal plak ni nak kiamat dah ke?
Kaki aku memang dah tak bleh nak 'support' aku punya badan. Lemah semacam. Ditambah lagi dengan gegaran yang tak reda2 dan makin kuat. aku terhuyung-hayang seperti orang tengah mabuk. Aku pun menjerit panggil nama mak aku denagn nada yang sangat cemas.Mak!.. Oh mak!...Makkkk...aku jerit sekuat hati pangggil nama mak. Tak de sape pun yg jawab. Hanya mak ngan aku je yang ada kat rumah. Tapi mana pulak mak pegi ni.
Aku cuba pegang dinding untuk 'support' aku berjalan. aku nak cari mak. Aku memang tak dapat nak berdiri lagi ni, aku jatuh jugak akhirnya dan tak boleh nak berdiri balik. Aku dah tak ubah macam orang lumpuh. Aku makin panik. Aku nak merangkak pun tak larat. Kaki aku lemah giler waktu tu. Aku hanya mampu mengesot. Aku panik. Betul2 panik skang ni. Rumah aku macam dah nak roboh ni. Gegaran tu semakin menggila. Bumbung rumahku pun dah bagi amaran nak roboh. Pannggg!!! Ya Allah, aku rasa bumbung kat depan rumah dah roboh dah. Aku masih lagi terkial-kial untuk kuar dari bilik dengan harapan nak cari mak dan selamatkan diri. Dunia ni aku rasakan macam nak terbalik. Betul ke dah nak kiamat ni? Ya Allah! abis la aku.
To Be Continued...

Thursday, July 17, 2008

Mak...Queen of My Heart! (Part 2)


Itulah hebatnya Mak ni. Seksanya nak kuarkan kami tiga beradik yg degil. Degil sampai ke besar plak tu...Iskh2.

Tapi mak 'cool' je bela kitorang sampai besar. Bila Mak marah Angah, Angah slalu rasa Mak sayang Along ngan Boboy lebih. Tapi tak jugak Boboy kalau kena marah lagi 'kaw2'. Mak kata, anak sulong ke, bongsu ke, kalau nakal, Mak marah la...Ye la Mak...hihi!


Bila Angah exam, Mak yg slalu call Angah. Mak tanya dah makan ke blom? Nanti exam jawab elok2, baca soklan betol2, mintak kat Allah byk2. Sejuk hati Angah waktu tu. Mak ni memang pakar motivasi yg mantap. Walaupun ayat2 Mak tu nampak 'simple' dan boleh diucapkan oleh sesiapa saja., tapi bila ia datangnya dari mulut seorang ibu yang melahirkan, Angah rasa motivated sangat. Mungkin orang lain pun setuju ngan anak Mak ni. Thanx Mak!


Mak...mak...kalau Allah izinkan Angah graduate nanti, Angah nak Mak ngan Abah pakai jubah and topi 'graduation' tu. Mesti mak ngan Abah nampak 'macho' masa tu.Patutnya dorang kena sediakan jubah untuk ibu bapa skali sebab berjaya mendidik anak2 sampai berjaya...ape la dorang ni. Iskh... kalau bab komplen nombor satu...Hehe!

Mak...mak... sampai bila2 pun Along, Angah and Boboy takkan dapat balas sayang Mak ngan Abah. Sekalipun kami belikan Mak ngan Abah dunia ni, pun takkan dapat bayar balik darah Mak yg tumpah waktu lahirkan kami dan keringat Abah yg jatuh utk besarkan kami tiga beradik. Allah sajalah yg maha Menghitung budi Mak ngan Abah. Sayang betul Allah pada kami 3 beradik dapat ibu bapa cam Mak ngan Abah. Thank You Allah! Kasih kalian membawa ke syurga. Redha kalian mengiringi kehidupan kami.

Ya Allah bahgiakanlah Mak dgn Abah di dunia dan akhirat. Pancarkanlah kasih sayang dan rahmatMu buat mereka. Hindarilah mereka dari azabmu. Merekalah rahmatMu yg ternilai buatku. Peliharalah mereka seperti mana mereka telah memelihara dan mengasihani kami sejak kecil.Amin...



Mak...Queen of My Heart! (Part 1)


Mak...Mak, tetiba Angah ingat kat mak.Angah tengah study tadi. Sambil2 tu, Angah layan le MP3. Mak nak tau lagu ape?Alah...lagu 'Untukmu Ibu' tu. Tapi bukan yg kumpulan EXIST nyanyi tu. Bebudak AEMAN yg nyanyi. Tetibakan mak,menjejeh-jejeh airmata Angah kuar. Aiseymannn...hilang macho, slalunya 'tolerance' je dengar lagu ni. Tapi tak tau la malam ni sentimental lak....Huhu!

Mak...mak...Angah rindu 'banget' ngan mak waktu ni.Sedangkan, mak baru jer call Angah ari tu. Ngengada ker Angah ni mak? Iskh tak la...keturunan kita tak de yg ngengada rasanya...Hihi!


Angah tengok muka kat cermin. Bukan sebab Angah 'bajet' cun. Muka Angah ni sama ke ngan Mak. Tapi org2 x penah kata pun.Angah ni 'mixed' muka Abah ngan Mak kot. Tu yang lawo sket tu...hukhuk!...Astaghfirullah! Grandiose plak anak Mak ni. Jgn marah Mak...Hehe!


Mak...Mak, walaupun muka Angah tak persis muka Mak, tapi Angah tetap kuar dari rahim Mak kan? Mak kata Angah lahir malam Deepavali...uhuk2! Nasib baik tak kenan Kajol...Hihi! Mak kata Angah ni degil. Mak push2 tapi Angah tak kuar2 gak. Bukan degil la Mak, Angah suke dok dalam rahim Mak kot...Best la terapung-apung cam angkasawan...huhu! Malas rasanya nak kuar. Maybe Angah tak perasaan kot, tak de 'signal' pun suruh kuar skang...Haha! Mak marah ke?


Tapi tu la...kesian kat Mak, tak pasal2 end-up ngan ceaserean section. Dah le tu...dapat 'scar' bughok plak tu, ada lagi sampai skang ni. Kesian Mak aku...ape la aku ni. Dah le doktor tu jahit tak cantik...main hentam jer, janji tak terburai...suka-suki dia jer.


Mak...mak, sorry ye Mak. Tapi Along yg 'hadiah'kan Mak 'scar' tu dulu kan? Teruk betol la dia tu...besar bagak sampai tak leh nak kuar normal. 6 taun lepas tu, Mak lahirkan Boboy plak.Adoiii...memang 'exaggerated' la 'scar' Mak tu. Ni 'confirm' Along ngan Angah yg punya pasal kan Mak? Tapi Mak kata Mak tak kisah langsung. Mak pun tak pernah ungkit pasal 'scar' tu. 'Scar' tu la bukti Mak lahirkan kami. Kitorang jer yang kontroversi...Sorry Mak...Haha!




To Be Continued...




Rasulullah Pun Bergurau Gak...(Episode 3)

Tazz: Memang pun, tapi apa bezanya dgn lawak korang tadi…ataupun secara general nye lawak2 zaman skang ni...korang prasan tak ape2 perbezaan?

Combee: Aku rasa gurauan Rasulullah tak le melampau and baginda tak menyelitkan unsur kutukan atau mengaibkan org dalam gurauannya tu.

Tazz: Tapi kita ari ni bergurau sampai menyakitkan hati org and tak consider perasaan org langsung. Kita gelakkan org tu sesuka hati je…

Jes: Ye tak ye jugak. Kadang2 sampai ada unsur2 mengumpat, mengutuk and ada gak yg wat lawak lucah, kononnya nak kasi lawak dia tu best and dapat tarik perhatian org.

Tazz: Tau takpe…Hehe!

Combee: Ada tu sampai orang menyampah and rasa hilang hormat kat org yg wat lawak terlampau tu.Tak macam nabi kita, walaupun baginda bergurau, orang still hormat kat baginda sbb gurauan baginda tu berhikmah and bukan gurauan kosong semata-mata.

Tazz: Itu namanya pemimpin serba boleh…Walaupun baginda seorang pemimpin and pendakwah tapi still bleh bergurau ngan para sahabat.Kekadang Rasulullah ada juga memuji dalam gurauannya.Combee: Example please?

Tazz: Rasulullah pernah menggelar Anas R.A dengan panggilan ‘Dua telinga”.

Jes: Hah…maksudnya?

Tazz: Maksudnya orang yg mendengar dengan bersungguh-sungguh dan memberi perhatian kpd apa yg dicakapkan kepadanya.

Jes: Hebat la Rasulullah. Memang role model sepanjang zaman.Combee: Pendek kata, Islam tak melarang gurauan senda tapi biarlah berpada-pada dan tak menjauhkan hati dari mengingati Tuhan.Kita manusia memang diciptakan Allah sukakan hiburan. Oleh itu, Islam memberi panduan tentang teknik2 bergurau, siap dgn role modelnya skali...

Tazz: Fulamak!Mantap la ko Com...Cam ustazah lak aku tgk...Sebenarnya banyak lagi kisah2 gurau-senda Rasulullah tapi tak leh nak abis satu hari.Nanti kte cite lagi lepas class nak tak?

Jes: Yes, best nya, memang aku nak blaja byk lagi dari ‘role model’ kita tu…hihi!

Combee: Aku pun tak nak tertinggal.Aku nak join gak nanti, jom kita gi class dulu…

Rasulullah Pun Bergurau Gak...(Episode 2)

Combee: Pe la ko ni Jes, pikir pun lambat, tu la byk sangat wat lawak…

Jes: Korang tau tak citer Rasulullah mkn tamar ngan Saidina Ali…

Tazz: Oh yg tue…ingat2, tu pun contoh yg best gak…Hihi!

Combee: Oh, yg Rasulullah mkn tamar ngan Ali.Then, after Rasulullah dah abis makan, baginda pun kumpulkan biji2 tamarnya di tempat biji2 tamar yg dimakan oleh Saidina Ali.

Jes: Lepas tu, Rasulullah pun kata lebih kurang camni kat Ali,”Wahai Ali, hebat betul kamu ni, boleh makan sebegitu byk tamar, lihat biji2 tamar di hadapan kamu”.

Combee: Then, Ali pun dgn bijak membalas gurauan Rasulullah dan berkata,”kamu lebih dahsyat ya Rasulullah, sampai biji2 tamar pun engkau makan”, sbb dah tak de biji kurma kat depan Rasulullah.

(Sumenye ketawa dgn citer Rasulullah tadi)

Tazz: Aku rasa ada satu lagi yg aku ingat…Kalau tak silap aku dalam hadith riwayat At-Tirmidzi.

Jes: Yg mana ek?

Tazz: Ala…yg pasal seseorang meminta kenderaan kepada Rasulullah tu. Rasulullah bersabda,”sesungguhnya aku membawamu di atas anak unta betina”. Lalu org tu pun berkata, “Bagaimana saya boleh menaiki anak unta betina”. Org tu rasa dia kena naik unta dewasa sbb anak unta mesti tak larat nak bawak dia.

Combee: Lepas tu?

Tazz: Lepas tu Rasulullah pun bersabda” Bukankah unta dewasa juga adalah anak kepada unta betina?”.

Jes: Haha…Pandai juga Rasulullah bergurau ek…memang pun unta2 kat dunia ni anak kepada unta gak...haha!

Tazz: Memang pun, tapi apa bezanya dgn lawak korang tadi…ataupun secara general nye lawak2 zaman skang ni...korang prasan tak ape2 perbezaan?

Rasulullah Pun Bergurau Gak...(Episode 1)

Combee: Hahahahahaha!!!Ko ni lawak btol la Jes...camne ko bleh come-out ngan lawak camni...huahuahua...

Jes: Aku spontan jer...ko tu je yg over-acting...gelak cam tapir!

Combee: Hahahaha...lawak ko tu yg melampau sampai over threshold...tapir mana yang tak gelak?

Tazz: Amboi2...buang tabiat ke ko ni Com.Gelak x igt dunia...Ape punya ank dara nie...

Combee: Ala Tazz, relax la...dah dgr lawak Jes, aku gelak le, pe lagi...hehehe!

Tazz: Gurau tu gurau gak…jgn le over-acting…manic keterlaluan...korang jgn nak memenuhkan wad psychi plak…

Jes: Ala Tazz, ko tau x, nabi kita pun pandai gak gurau pun…

Tazz: Hah!tau pun ko.tp ko tau ke nabi gurau gaya camne?...ada ke gaya cam korang nie?

(Sumenye senyap, muke masing2 berubah…)

Combee: Ha’ah la Tazz..camne plak nabi bergurau ek?Aku dgr org ckp je la yg Rasulullah pandai gak bab2 gurau ni…tp aku tak sure la…

Tazz: Hah Jes…ko kan raja lawak kat sini…takkan ko tak tau…(Tazz menepuk bahu Jes)

Jes: Aku…aku tak sure la sangat tp penah gak dgr org citer2…

(sume mata menumpu kpd Jes…menantikan ayat seterusnya keluar dari mulut maharani lawak kat kolej ni)

Jes: Camni la…aku kasi contoh2 senda gurau Rasulullah yg aku tau…

(Sume mata concentrate pd Jes sorang je, sampaikn Jes trpaksa tunduk sbb tak leh nk pikir klu tgk muke dorang nie)

Jes: Emmmm…hah, aku ingat dah!

To Be Continued...

Wednesday, July 16, 2008

Dear Allah...I Luv U!

Dear Allah...
Engkau maha tahu apa yg aku rahsiakan...
Engkau maha mendengar isi hatiku...
Oleh itu tiada rahsiaku tersembunyi dari pengetahuan mu...
Tapi aku tetap ingin mengadu padamu...

Dear Allah...
Aku selalu minta tolong dari Mu...
Dan selalu saja kau berikan apa yang aku minta...
Walaupun ia sesuatu yang aku rasa mustahil untuk berlaku pada diriku...
Namun aku terus minta dan minta juga dariMu...
Kerana aku tahu...
Tiada yang sulit bagiMu Allah...

Dear Allah...
Aku selalu terima 'hadiah' dariMu...
'Hadiah' yang tidak pernah aku jangka...
Aku gembira betul Ya Allah...
Aku tanya sendirian...
Wahai hati...
niat mulia apa yg telah kau lahirkan?
Wahai mata...
adakah kau melihat penderitaan dgn penuh rasa syukur padaNya?
Wahai telinga...
adakah kau mendengar nasihat?
Wahai mulut...
adakah kau bersyukur pada TuhanMu?
Wahai hidung...
ada kau menyedut udara Allah dan terima kasih padaNya?
Wahai tulang empat kerat ku...
jasa apa yg kau lakukan hari ini...
Tapi mereka tak tahu Ya Allah...
Gerangan apa kau berikan aku 'hadiah'...

Dear Allah..
Aku mendongak ke langit...
Lalu ku tundukkan muka ku memandang bumi...
Oh iman...
Kau adakah jawapannya...
Lalu imanku berkata...
Wahai pemilikku...
Takkan kau lupa...
Dia adalah Allah...
Tuhanku dan tuhanMu...
Dia maha Pemurah lagi maha mengasihani...
Mengapa kau persoalkan pemberiaanNya...
Dia memberi kpd sesiapa yg dikehendakiNya...
Dan Dia mengambil drp sesiapa yg dikehendakiNya...
Dan bukanlah pemberianNya itu utk menjadikan kau lalai dan kufur akan nikmatNya...
Dan tidak pula dia mengambil darimu kerana mahu menghukum dan mencacimu...

Dear Allah...
Iman mahu berkata lagi...
Ingatlah wahai pemilikku...
Sayangnya Allah padamu...
Dia memberi kpdmu agar kau bersyukur...
dan Dia mengambil darimu agar kau dekat dan meminta pertolongan dariNya...
Dia sebaik-baik tempat berlindung...
Namun ingatlah wahai pemilikku...
Tuhanmu itu tidak pernah rugi jika kau lupa padaNya...
Sebaliknya engkaulah yang cacat tanpa cintaNya...

Dear Allah...
Aku faham sekarang Ya Allah...
Dengan iman segalanya terjawab...
Kerana iman aku dekat dgnMu...
Dengan iman nafsuku terpimpin...
Maha suci engkau Ya Allah...
Tempat aku mengadu sakit pedihku...
Tempat aku luahkan syukur dan gembiraku...
Engkau tidak pernah membuang aku...
Engaku sentiasa mendengarkanku...
Engkau sentiasa melihatkanku...
Walau dosaku menggunung tinggi...
Namun rahmatmu melangit luas...

Dear Allah...
Benar kata iman...
Sayangnya engkau padaku yg lemah...
Kasihnya engkau padaku yg hina...
Dari rezekiMu aku makan...
Dengan udaramu aku bernafas...
Di bumiMu aku berteduh...
Aku memang hidup kerana ihsanMu...
Dan tidak pula kau hentikan nikmat itu di saat aku lupakanmu...

Dear Allah...
Ampunkan aku selalu...
Aku takut lupa dan kufur padaMu...
Kuatkan aku saat kau menduga imanku...
Jangan biarkan aku kalah...
Biar airmataku berlinang menyaksikan keagunganMu...

Dear Allah...
Aku ingin selalu bicara dgnMu...
Ya...
Aku akan selalu bicara dgnMu...
Aku tidak perlu diari utk mencoret rasa gembira dan sengsaraku...
Biar aku selalu cerita padaMu...
kerana kau pengatur kisah hidupKu...
Kerana tiada perantara antara Kau dan aku...
Aku meminta kau memayungi hidupku selalu...
Agar dosa tidak menimbus hatiku dari menerima cahayaMu...
Moga kau sinari imanku dengan cahaya ilmuMu sepertimana kau menyinari langit dan bumi dgn cahaya matahari...
Pandangilah aku dgn kasih sayangMu...

Dear Allah...
I luv U...