Friday, August 22, 2008

Kami & Encik Taxi

Bismillah...

Syukurlah...sampai gak hamba ngan 3 org shbt hamba pulang ke kolej. Mmg penat gler tp hamba still nk anta post ni bkn sbb hamba nk lepas geram semata-mata tp hamba nk share sket pengalaman hari ni ngan tuan hamba sume. Hari ni segmen 'jln2 tengok alam' skali lg membawa hamba skalian ke time square. Ahaks! mmg hepi sbb mmg plan nk mkn hartz chicken buffet kat sana.After mkn2 and jln2 sket, kami pon rasa dah tiba masanya 'sireh pulang ke gagang'. Eceh, so pe lg, moh balik!
Oppps!Nampknya hujan di luar sana. Ok x pe, lets take a cab. Namun, alangkah dasyatnya que kat tmpt tggu taxi tu. Pehhh!sket punya pnjg beb! Apa yg peliknya, kelihatan byk je taxi2 tersadai kat time square tu namun tidak pula mereka mahu mengambil passenger yg tgh beratur pnjg tu. Rupa2nya deme sengaja nk amik kesempatan time2 hujan camni. Deme malas nk layan passengers yg bli kupon taxi dgn rege rm10 tanpa mengira destinasi tu. Rugilah konon. Ni la masanya deme nk amik kesempatan. Oh tidak! ni bkn satu tuduhan tp kenyataan siap de evidence-based lg. Nnt hamba buktikan. Kami pon cam dah giv-up je nk naik taxi apatah lg monorail. Sure kena bentang tikar la kot, dok ramai2 tggu monorail yg mmg tentunya ramai passanger time2 hujan cam ni. Nak pulak ari jumaat, mmg peak hour.


Nak dijadikan citer, dlm ketidakstabilan emosi kami ber4, que taxi plak makin lama makin pnjg, tetiba ada lak sorang abg taxi ni meng'offer' taxi kat ktorang tp tuan hamba sume nak tau, fulamak! skali dia mntak tambang rm20 beb! Makkk aiii! tgh 'manic' ke ape abg ni, tadi masa nak dtg sini, kitorang kena charge rm6.50 je. Kami pon trpaksa menolak. Bukan apa, kami ni student, blom keje lg. Tak ke terlampau sgt tambangnya tu. Iskh2, x pe, kami still pasrah.


Dalam keputus-asaan itu, ada la salah sorang shbt hamba ni yg masih penuh semangat mengharapkan belas ihsan drebar taxi yg sudi amik kitorang dgn tambang yg reasoanable or at least pki meter pon x pe,utk bwk kami blk ke hukm. Lalu dia pon menahan taxi demi taxi dgn harapan yg menggunung sambil2 menerjah hujan dgn payung pinknya. Namun, apa yg lebih menyakitkan, ada plak sorang pak cik taxi ni yg demand tambang sampai rm30. Mcm nk tercabot roh dari badan. Walopun begitu, kami still gak tarik roh kami tu pulang ke jasad. Kami
dgn semnagt ppd yg masih menebal, menolak secara professioanl offer pak cik tadi...


Setelah berusaha beberapa ketika, kami terpaksa akur dan pasrah memandangkan dah masuk wak2 maghrib. jom le solat dulu. lepas maghrib karang kita blk le.maybe taxi dah de kot pastu. tp after maghrib pon still sama gak. que masih panjang.tabah btol diorang ni tggu taxi rm10. ye la, maybe dorang pon can kami. x larat nk bayar tambang taxi mahal2. ahhh! maleh nk layan taxi2 ni sume. jom le naik monorail. so, nk dipendekkan citer kami pon naik je la tren utk blk kolej. alhamdulillah smpi gak ke hukm walopun perjalanan tu penuh tragis.


dalam menganalisa kerenah abg dgn pak cik taxi td, tetiba plak teringat hadith 35 sbb memandangkan deme ber2 tu muslim cam kitorang. rasa cam nk baca je hadith tu depan diorang tp x ingat full version. so, blk td, hamba terus semak hadith. Hadith tu berbunyi begini;


Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu meminta membeli dgn harga yg tinggi bkn utk tujuan membelinya tetapi utk menipu org lain dan memudaratkan mereka, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya.Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya."
~Riwayat Muslim~


Hamba faham bkn sume drebar2 taxi camtu. tapi kita sbgi muslim hendaklah menunaikan tanggungjwb terhadap muslim yg lain. kami bkn nak naik free pon tp kami hanya mengharapkan tambang yg reasonable je. bkn niat menegur tp sekadar mengingatkan. kpd encik2 taxi yg sdg bz bekerja di luar sana, tetaplah bekerja brsgguh2 dan fikir2kan lah citer dan hadith di atas. pape pun time kasih kpd encik2 drebar taxi yg tetap bekerja dgn semangatnya bkn semata-mata sbb income tp sbb nk tolong org sampai ke destinasi yg ingin dituju.tahniah utk anda.



Hadith 35-Persaudaraan Islam & Hak Muslim

No comments: