Monday, August 18, 2008

Izinkan aku menumpang...(Part 2)


Aku cuba memejamkan mataku dgn harapan kesedihan ini dapat kulupakan seketika.Apa yg harus ku perbuat dgn ank ini?Perlukah aku menyingkirkannya dari hidupku.Ya Allah!aku tidak mahu lakukan itu.Aku tidak mahu menerima laknat dariMu.Berilah aku petunjukMu Ya Tuhan."Assalammualaikum Buu...".Aku mendengar suara yg asing skali. Suara asing yg begitu manja yg telah menyentak keseduanku.Lantas aku membuka mata."Buu..."skali lg suara itu menggetarkan gegendang telingaku.Aku tidak berhalusinasi. Ia semakin jelas kedengaran.Aku cuba mencari puncanya."Ini aku ibu, aku berada dalam dirimu.Aku yg berkata2.Menyeru nama ibuku.Aku menyeru nama ibuku melalui rahimmu".Aku terus mencari suara itu. Ku pandang kiri dan kananku."Pandanglah ke rahimmu ibu.Aku di situ". Aku terus memandang ke rahimku yg sedikit membesar dari biasa krn janin itu telah berusia 3 bulan."Siapa kamu?Mengapa kau memanggilku ibu?Aku tidak kenal kamu".Aku bertanya dalam nada teresak2.Cuba mengawal perasaanku."Aku adalah makhluk Tuhan yg diizinkan olehNya utk berada dalam rahimmu.Akulah seketul daging yg sedang kau kandungkan.Akulah ankmu"."Tidakkk!Aku x kenal kau.Apa kau mahu dari aku".Aku cuba menyangkal kenyataan suara itu."Ini benar ibu.Aku berkata2 melalui rahimmu. Aku minta izin utk tumpang sebentar di rahim ibu.Izinkan aku berbicara dgnmu.Akulah parasit yg hidup dlm dirimu.Meskipun ibu tidak redha akn kehadiranku,meskipun bencinya ibu pdku,itu tidak mengapa kerana aku mengerti dan sesungguhnya aku sedar aku pembawa aib buat ibu.Aku bakal menghancurkan masa depan ibu.Aku bakal menggelapkan cita-cita ibu.Aku bakal meruntuhkan impian yg telah lama ibu bina.Aku telah ibu anggap berdosa sebelum sempat aku berbuat dosa.In semua kerana apa?Kerana aku wujud tanpa bapa.Kerana ibu memiliki aku tanpa suami.Kerana aku dijadikan Tuhan bukan dari benih insan yg ibu cinta".Aku terkesima mendengarkan kata2 janin itu.Sesungguhnya dia memang benar. Aku menjadi ‘kotor’ dan hina krn memilikinya tanpa suami.Itulah sebenarnya yg amat ku kesalkan.
To Be Continued...

No comments: