Wednesday, September 10, 2008

Menanti & Terus Menunggu


Bismillahirrahmanirrahim...

Wahai Pencipta Alam, Engkau pemilik sekalian keajaiban. Sekali lagi hamba merasai kasih sayangMu. Selesai sudah peperiksaan semester kami, semuanya atas keizinanMu. Terima kasih atas petunjukMu, ilmuMu, pertolonganMu serta hidayahMu buat kami tatkala kami berjihad menduduki peperiksaan. Sungguh segala puji itu milikMu yg telah meminjamkan kami kekuatan dan ketenangan. Sesungguhnya kami tidak layak berlaku riak dan takabur atas nikmat yg telah kau pinjamkan. Thank U Allah!


Makhluk Tuhan bernama manusia mmg x dapat lari dari istilah 'menanti' atau sinonimnya 'menunggu'. Tatkala diwaktu pagi, x sabar rasanya menantikan kehadiran malam sbb nak tengok indahnya rembulan berpagarkan bintang2. Subhanallah! indahnya. Yang mana diwaktu malam, x keruan pula menantikan siang menjelang, semata-mata nk tengok senyuman mentari sebagai bukti kebesaranNya.


Begitu juga kami yg baru je habis posting sem 1 tahun 4. Dok tgh tunggu result exam ari tu. Ceh! memang takut2 berani nak amik result. Tak tau lagi ble nk kuar. Namun setakat ni jiwa agak tenang. Mgkin sbb tgh Ramadhan kot. So, x de la rasa adventure sgt nk tunggu result tu. Tapi tengok la nnt, ble time org sibuk2 anta berita result dah kuar, hah...time tu la segala hormon2 dirembes secara excessive skali. Sebelum amik exam ari tu, rasa x sabar2 nk abih exam. Biar lepas sume burden kat kepala otak ni. Cepat la abih study week ni wei. Lambat bebenor rasanya. Mmg jenuh jugak menunggu study week ni abih. Bkn apa..at least pressure nk exam tu dpt diredakan.


Lepas abih exam yg ketiga. Kami bebudak posting triad+psychi kena tunggu lagi utk exam yg paling last. Gap masa antara exam ketiga n exam terakhir adalah 4 hari. Tunggu la jugak sampai harinya tiba. X sabar nk abih exam ni. Bukan saja exam paling last malahan juga paling mendebarkan dan mencabar kekuatan emosi and psychology. Sebab apa? Sebab ada 'man station" iaitu station yg akn menguji communication skill kami di mana seorang 'stimulated patient' akn ditempatkan dan disuruh berlakon dgn kami. Apa lagi...kami dgn poyo bercampur seram pon menggunakan segala kepakaran 'menggoreng' yg ada. X hangus sudah. Uhuks...Bukan satu tapi kami dapat 3 'man station'. Fuhhh! abih je 3 'man station' tu hamba & sahabat2 rasa bahgia giler.Hihi...


Apa yg memenatkan kami selama hampir 3 jam exam tu adalah station rehat yg byk banget. Bayangkan 7 station rehat, every station 10 minutes. Boring gler beb. Seeloknya bawak Quran time exam tu, rasanya bleh abih satu juzuk at least. Skali lagi kami tunggu dan tunggu utk ke station seterusnya. Iskh2 jenuh btol.


Alhamdulillah exam pon dah berakhir tapi pose x abih lagi. Teruskan2...hehe. Dan akhir skali kena tunggu lagi utk result yang mungkin esk lusa akn kuar. InsyaAllah. Emmm...tau x kenapa perlunya manusia itu menunggu? Pada pendapat hamba itulah salah satu method Allah nak menguji keimanan kita. Bilamana menunggu itu memerlukan kesabaran, iman akn teruji. X kan x biasa dgr...Sabar itu sebahagian dari iman...bukan separuh ye.


Acapkali manusia melafazkan bhw penantian itu satu penyeksaan. Mmg benar...ia akan menyeksa bila nafsu mengepalai akal dan iman lalu menjadikan kita tidak sabar tatkala iman diuji. So, kita manusia perlu menunggu, sbb x slalu benda yg kita btol2 nak datang sepantas kilat. Eventhough klu nk mkn kat kedai mamak pon kena tggu order. Perkara sama jugak berlaku klu kte kena beratur panjang utk withdraw duit dari ATM. Bila kita dah meninggalkan dunia yg fana ni pon still kena menanti di barzakh sebagai permulaan ke alam akhirat. Jadi, ingatlah Allah itu Maha Kreatif tapi manusia boleh jadi stereotype, sungguh Dia menguji hamba-hambaNya dalam pelbagai bentuk kesusahan atau kesenangan. Namun dalam setiap kesulitan pasti Allah selitkan hikmah kemudahan. Wallahualam...




Monday, September 8, 2008

Berebut Dengan Semut!


Bismillahirrahmanirrahim...

Kringggg!(bukan bunyi alarm jam hp sebenar). Tgn pun meraba-raba ke tepi katil mencari hp yg tgh berdering sambil mata yg tgh ptosis akibat kesan ngantuk yg blom pudar. Dalam kesamaran penglihatan, jam di hp menunjukkan kol 4 .30am. Tetiba kedengaran sayup2 suara rummetku ntah yg mana satu, samada Cik Zul atau Cik Syah(masing2 bukan nama sebenar,bukan juga nama samaran diorang). Diorang berdua ni mmg bertindak selaku jam loceng hamba selama ni memandangkan lontaran suara diorang yg mampu menggetarkan gegendang telinga hamba ni. Iskh!malas yg amat rasanya nk bgn sahur. X pe la. Kumpul je kudrat yg ada. Dgn rasa lemah longlai, hamba kejutkanlah rummet hamba yg sdg lena lg tu, mayb tgh mimpi soklan exam kot, tu yg x bgn lagi tu. Hihi! x marah Cik Hus. Tapi klu btol pu ape salahnya. Mgkin Allah nk bg hadiah. Bleh 'share'...Uhuks!


Fuhhh!Sahur pagi tadi hamba ngan para rummet menikmati muratabak ngan roti john. Tapi apa yg malang pada pagi itu, berpuluh-puluh ekor semut halus ntah spesies apa, telah menghurung 1/6 bahagian roti john kami. Deme ni mmg penghuni tetap kat umah kitorang ni. Iskh! x bleh jadi ni. Semut ni nk sahur gak ke? X payah le? Kome sume bkn pose pun. Kesian le kat kitorang ni. Tp mayb gak korang pon pose. Salah sorang drpd rummet hamba pon dgn rasa x puas hati cuba menyelamatkan seberapa byk roti john yg ada drpd kerakusan sang semut. Namun sang semut x pernah kenal erti putus asa. Tu yg 'salute' tu. Ada di antara diorang mati bergelimpangan dlm lautan mayonnaise. Hah! bahagian tu mmg x leh nk makan dah le. X dapek den nk nolong nye hah!
Lawak pula hamba melihat gelagat rummet hamba yg sorang ni. Dia mmg pantang sket bab2 membazir ni. Tension gak muke dia. Dah le pagi ni nk exam, pastu kena 'rebut' makana ngan semut plak. X pe la Cik Zul pe kata hg motivate diri sempena bulan Ramadhan ni. Anggap je la hg 'share' roti john tu ngan semut2 tu daripada hg berebut ngan dia. Dia sedaya upaya mengoyakkan seminimum mgkin bahagian roti john yg telah dikuasai semut. Anggap je la dia bersedekah kat semut2 tu. Sharing is caring. Salah kte gak dok wat 'food exhibition' kat semut2 tu. Bak kata pepatah, '"org memberi, kte merasa". Kihkih!


Kepada semut2 sekalian, makan makan gak, x lupo doakan kami ni ek. Bukan nk merasuah kamu sume. Tapi pe salahnya doakan kami kan? Time kasih. Klu korang pon pose, kami ucapkan selamat berpose ye! Di samping tu, hamba nk 'dedicate' surah An-Naml(semut) buat sume hamba2 Allah yg berpose pada hari ini!Tahniah dan semoga diberkatiNya slalu:)

Saturday, September 6, 2008

Andai Tidak Diizinkan...


Sudah 6 hari kte umat2 islam berpose. Ntah kenapa hamba rasa Ramadhan taun ni cam best. Camne plak ngan tuan hamba yg lain? Mgkin ade byk improvement kot taun ni...Eceh! Walau apapun sama2 lah kte mengharap agar amalan2 kte di bulan penuh barakah ni diterima Allah. Kte bkn la beribadat sbb 'syok sendri' atau atas dasar riak dan rasa nk menunjuk-nunjuk, tapi sbb kte syg pada Allah. Oleh sbb itu, sama2 lah btolkan niat utk trus mengabdikan diri kpdNya. Klu rasa2 cam terpesong sket tu, cpt2 la istighfar dan kembali semula ke 'tract' yg btol. Sungguh Allah itu Maha Pengampun. Siapalah kte tanpa belas kasihNya. Oleh itu, hiduplah kte semata-mata mncari redhanya bkn redha manusia sbb redha manusia akn dtg sendri tatkala Allah redha kpd kte. Btol tak?


Malam ni hamba nak kongsi cerita yg telah dikhabarkan oleh seorang sahabat hamba mengenai salah seorang pesakit yg pernah di'interview'nya semasa posting ortho yg lepas. Bukan la nak ngumpat. X baik tau bulan2 pose ni. Hamba pon x kenal sape yg dimaksudkan sahabat hamba tu. Sekadar nk kongsi pedoman je.


Tgh2 sibuk menelaah 'case note' patient tersebut sahabat hamba bagitau hamba yg 'patient'nya tu accident lalu patah tulang tgnnya. Kesian pula hamba mendengarnya lebih2 lg bila sahabat hamba bgtau yg patient tersebut sdg mengandung tp belum sarat lg. Ya Allah! kesiannya. So, apa berlaku pada kandungannya? Alhamdulillah! Syukur kandungan itu selamat.


Syukur? mgkin pada kte tp bukan pada si ibu. Hah! terkejut beruk hamba. Nape plak begitu. Patutnya si ibu bersyukurlah sbb anak dlm kandungannya tu slamat . Common sense la kan. Btol x?


Itu kata kte, tapi mmg si ibu tidak redha akn kehadiran bayi itu. Kenapa? Masa tu mcm2 la sangkaan syaitan bermain2 di fikiran. Anak itu x berbapakah? Adakah kemalangan itu disengajakan demi menyingkirkan ank itu? Setelah ditanya lebih lanjut rupanya semua sangkaan itu meleset. Astaghfirullah! Inilah manusia sentiasa berfikiran singkat tanpa usul periksa. Mudah skali menuduh dan menunding jari. Bukanlah ank itu tidak berbapa dan bukan pula kemalangan itu disengajakan.


Namun si ibu mmg sebenarnya mahu 'membuang' ank itu. Dia sendri berjumpa dgn doktor utk menggugurkan kandungannya. Appoinment telah pun dibuat namun kehendak Tuhan mengubah segalanya. Dia kemalangan beberapa hari sblom tarikh pengguran itu. Apa yg bermain di benak hamba, ank dlm kandungan itu selamat. Klu nk diikutkan klu kemalangan yg semacam itu, slalunya akn menyebabkn keguguran. Ahhh! apa nk diherankan, mgkin Allah nk lindungi ank itu.


Hamba rasa semakin kagum dgn kekuasaan Tuhan apabila kandungannya tidak pun terjejas sekalipun si ibu menjalani ujian x-ray utk mengesan tulang tangannya yg patah. Masyaallah, apa yg ingin Engkau buktikan ya Allah? Hamba sedar akhirnya, andai Tuhan tidak mengizinkan sesuatu maka segala usaha yg dilakukan adalah hambar. Seperti si ibu yg mahu melakukan pengguguran ke atas kandungan itu telah dihalang oleh Allah. Sekalipun kemalangan berlaku ke atasnya, sedikit tidak menjejaskan kandungannya. Sekali lg Allah lindungi ank itu dari kesan negatif pancaran x-ray.


Jika Allah mahukan sesuatu itu terjadi, tak perlu sesiapa yg menyuruh dan jika Allah mahu menghalang sesuatu itu terjadi, tak perlu siapa yg membantu.


"Sesungguhnya urusanNya apabla Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadaNya, 'Jadilah!' maka jadilah sesuatu itu"
(Yasin:82)

Dari Sahabatku...



Hadiah di atas merupakan pemberiaan sahabat hamba, insan kerdil yg sebenarnya x lah berapa kerdil sgt...kahkah!( x marah nnt kena jual). Dia mmg suke gelakkan hamba, namun, dia bukanlah 'manic,. X pe la, sesungguhnya hamba rela menjadi 'clown'nya asal dia nmpk gembira. Hamba gembira sbb mampu buatnya tersenyum( x le terharu plak). Dia kwn hamba yg baik walopun dia x gheti nk tunjuk sbb affect dia 'blunt'...Huhu!


Usah salah sangka, 'she was not my new fren' seperti yg tertera pada hadiah di atas. Hampir beratus-ratus purnama hamba mengenali makhluk Tuhan ini. Sedikit sebanyak taulah hamba perangai dia ni...Hihi!


By the way, all the best buat insan kerdil. Hamba bangga dgn tuan hamba. Thank u very much 4 all your courage and support. Semoga tuan hamba bahgia slalu di dalam redha Ilahi. Amin...

Tatkala Ku Terima Hidayah...



Huishhh! hari berganti hari, minit berganti minit, saat berganti saat, pejam celik pejam celik, nmpknya exam semakin berakhir, one more paper to go...Alhamdulillah. Berkat2 study group kot...byk gak soklan yg we all discuss keluar time exm. Wow! bila baca je soklan yg rasa2 cam penah dgr je tu, terus senyum sorang2 smpi ke telinga. nasib baik le pengawas peperiksaan x prasan, klu x mesti dorang ingat hamba ni x 'berapa sihat', almaklum la paper psychi plak masa tu.


Bayangkan...hamba yg mmg x minat study group ni, bleh plak terjebak dlm kancah study group time2 genting study week ni. Fulamak, ajaib gak. Selalunya study week ni, adalah utk kite sume study sendri. Tapi pe nk buat. hamba mmg dah x leh tahan dah. Sbb otak ni dah x leh nk 'consolidate' pe yg hamda blaja. Oleh iu, terpaksa la hamba amik jalan alternative utk wat sesuatu demi nk duduk exam kali ni. Hamba join la study group 3 org sahabat hamba ni. hamba 'angkut' skali rummet hamba yg sama2 x leh nk blaja sendri. Mmg x tipu, ia berlaku secara tiba2. Hamba n rummet pun pelik gak. Mmg x leh masuk dlm kepala otak. Kte org pon berkampung le kat blek sorang kwn ni lebh kurang 7 hari 7 malam...Maka terbit la study group yg direalisaikan oleh 5 0rg makhluk hingga ke hari peperiksaan.


Sepanjang study week mmg happy btol. kami bertungkus-lumus utk kebaikan bersama. X lupo gak berdoa utk ke'sukses'an bersama. Terselit gak gurau senda n sakat menyakat di antara kami. Kadang2 terlampau juga, namun cepat2 kembali ke pangkal jln takala ditegur rummet ku yg tegar...Kuikui! Walopun, kami exm dlm bulan yg penuh barakah ni, semangat menyambut Ramadhan tetap kental, terawih tetap terawih...Hehe.


Exam semakin dekat...Huishhh! seramnya. Kami betol2 mengharapkan doa2 ayah bonda dan sahabat handai. Sampai skang doa masih lagi dipanjatkan. Moga Allah terus menyalurkan pertolongan dan hidayah buat kami.


Alahamdulillah inilah hikmahnya study group, itulah hebatnya Allah punye plan. Sukar bg manusia utk mentafsirkan perancangan Allah buat dirinya kecuali mereka2 yg betul2 mahu berfikir. Mungkin jika sy terus study sorang2 kat blek, sy x dapat pun hidayah Allah ni ketika exam. Mayb hamba x dapat jawab soklan peksa tu yg kebykkannya adalah hasil discussion kami sepanjang study week. Thank u Allah. Engkau mmg Maha Menolong.Itulah keberkatan berkongsi ilmu, x perlu kedekut ilmu, ia akn makin bertambah jika kte sudi kongsikannya.


Buat sahabat2ku, terima kasih buat kalian ber4. Kalian adalah antara kekuatanku. Sesungguhnya Allah x pernah kedekut. Mari teruskan berdoa. x pernah berputus asa. Pujuklah hati kita.


Sekarang ni, kami serahkan segalanya kepada Yang Maha Menentu. Kami mohon agar Dia kurniakan yg terbaik buat kami. Moga dia jadikan kami hambaNya yg bersyukur dan selalu mengingatiNya tatkala Dia hadiahkan kami kejayaan. Dan semoga dia memujuk dan kuatkan hati kami jika Dia mahu menguji kami dengan kegagalan. Ya Allah! Redhakanlah kami dlm menerima segala ketentuanMu. Sekalian keajaiban adalah milikMu yg mutlak. Jika kau mahu memberi nescaya tiada siapa mampu menghalang. Amin!