Monday, August 18, 2008

Tiangku Runtuh, Rumahku Roboh (Part2)

Tolonggggg!!! Aku menjerit mintak tolong. Gegaran makin mengganas. dinding rumah aku dah retak tinggal nak tunggu belah je. Ya Allah! abis la aku mati terhempap dalam rumah ni. Aku dah tak boleh tahan perasaan takut ku lagi.Aku menangis meminta tolong sekuat-kuat hatiku dgn harapan ada yg mendengar. Aku hanya mampu mengesot seperti orang lumpuh. Mana la mak aku ni. Aku tiba2 risaukan mak yang entah ke mana. Apalah nasib mak sekarang ni.
Aku memang betul2 tak berkudrat lagi ni. Aku betul2 'helpless'. Siapa nak tolong aku ni.Aku terus menangis Ya Allah! betul ke skang ni kiamat. Ya Allah! Aku belum solat Asar lagi ni. Tolong aku Ya Allah, aku berdosa padaMu. Aku tak ingin mati tanpa sempat sujud padaMu. Aku tak mahu mati begini Ya Allah. Ya Allah, engkau lah tempat pergantunganku. Tiba2,”Dushhhh!!!”,tiang rumahku runtuh inginmenghempap tubuhku yg kerdil.Rumahku telah roboh.Aku mejerit menyebut nama Ilahi,”Allahhh!!!”.Aku terkejut dari tidurku.Ku rasakan jantungku berlari kencang spt mahu terkeluar dari dadaku.Peluhku menitis laju.Aku meraba2 tubuhku jika ada tulangku yg patah remuk akibat dihempap tiang.Nyata aku bermimpi.Mimpi yg ku anggap penuh tragis. Mungkinkah ia amaran Allah.Aku lihat jam di dinding telah pukul 6.30 ptg.Aku blom solat lg. Aku terus mencapai tuala lalu membersihkan diri.Lantas itu,aku berwudhu’dan terus menunaikan solat. Selepas bertadarus Al-Quran pd mlm iti.Aku menjengah ke langit yg penuh dgn lampu2 alam. Lalu aku berfikir akn kebesaran dan keluasan ilmu Allah. Ya Allah hebat sungguh diriMu.Melalui mimpi kau memberi hidayah pdku. Mungkin ada signifikannya mimpiku tadi. Rupanya Allah sedang mengingat aku yg alpa dibuai nikmat tido. Aku hampir meruntuhkan tiang agamaku,iman ku pun hampir roboh spt runtuhnya tiang rumahku digegar gempa bumi dan akibatnya rumahku roboh.Wahai yg Maha Pengampun, janganlah Engkau menghukum aku kerana lupa.Akulah hambaMu yg kerdil lg lemah.Ampunkan aku Ya Tuhan.Teruslah Engkau memimpin aku yg sering tersesat ini.Engkaulah yang Maha Melindungi.

No comments: