Saturday, September 6, 2008

Andai Tidak Diizinkan...


Sudah 6 hari kte umat2 islam berpose. Ntah kenapa hamba rasa Ramadhan taun ni cam best. Camne plak ngan tuan hamba yg lain? Mgkin ade byk improvement kot taun ni...Eceh! Walau apapun sama2 lah kte mengharap agar amalan2 kte di bulan penuh barakah ni diterima Allah. Kte bkn la beribadat sbb 'syok sendri' atau atas dasar riak dan rasa nk menunjuk-nunjuk, tapi sbb kte syg pada Allah. Oleh sbb itu, sama2 lah btolkan niat utk trus mengabdikan diri kpdNya. Klu rasa2 cam terpesong sket tu, cpt2 la istighfar dan kembali semula ke 'tract' yg btol. Sungguh Allah itu Maha Pengampun. Siapalah kte tanpa belas kasihNya. Oleh itu, hiduplah kte semata-mata mncari redhanya bkn redha manusia sbb redha manusia akn dtg sendri tatkala Allah redha kpd kte. Btol tak?


Malam ni hamba nak kongsi cerita yg telah dikhabarkan oleh seorang sahabat hamba mengenai salah seorang pesakit yg pernah di'interview'nya semasa posting ortho yg lepas. Bukan la nak ngumpat. X baik tau bulan2 pose ni. Hamba pon x kenal sape yg dimaksudkan sahabat hamba tu. Sekadar nk kongsi pedoman je.


Tgh2 sibuk menelaah 'case note' patient tersebut sahabat hamba bagitau hamba yg 'patient'nya tu accident lalu patah tulang tgnnya. Kesian pula hamba mendengarnya lebih2 lg bila sahabat hamba bgtau yg patient tersebut sdg mengandung tp belum sarat lg. Ya Allah! kesiannya. So, apa berlaku pada kandungannya? Alhamdulillah! Syukur kandungan itu selamat.


Syukur? mgkin pada kte tp bukan pada si ibu. Hah! terkejut beruk hamba. Nape plak begitu. Patutnya si ibu bersyukurlah sbb anak dlm kandungannya tu slamat . Common sense la kan. Btol x?


Itu kata kte, tapi mmg si ibu tidak redha akn kehadiran bayi itu. Kenapa? Masa tu mcm2 la sangkaan syaitan bermain2 di fikiran. Anak itu x berbapakah? Adakah kemalangan itu disengajakan demi menyingkirkan ank itu? Setelah ditanya lebih lanjut rupanya semua sangkaan itu meleset. Astaghfirullah! Inilah manusia sentiasa berfikiran singkat tanpa usul periksa. Mudah skali menuduh dan menunding jari. Bukanlah ank itu tidak berbapa dan bukan pula kemalangan itu disengajakan.


Namun si ibu mmg sebenarnya mahu 'membuang' ank itu. Dia sendri berjumpa dgn doktor utk menggugurkan kandungannya. Appoinment telah pun dibuat namun kehendak Tuhan mengubah segalanya. Dia kemalangan beberapa hari sblom tarikh pengguran itu. Apa yg bermain di benak hamba, ank dlm kandungan itu selamat. Klu nk diikutkan klu kemalangan yg semacam itu, slalunya akn menyebabkn keguguran. Ahhh! apa nk diherankan, mgkin Allah nk lindungi ank itu.


Hamba rasa semakin kagum dgn kekuasaan Tuhan apabila kandungannya tidak pun terjejas sekalipun si ibu menjalani ujian x-ray utk mengesan tulang tangannya yg patah. Masyaallah, apa yg ingin Engkau buktikan ya Allah? Hamba sedar akhirnya, andai Tuhan tidak mengizinkan sesuatu maka segala usaha yg dilakukan adalah hambar. Seperti si ibu yg mahu melakukan pengguguran ke atas kandungan itu telah dihalang oleh Allah. Sekalipun kemalangan berlaku ke atasnya, sedikit tidak menjejaskan kandungannya. Sekali lg Allah lindungi ank itu dari kesan negatif pancaran x-ray.


Jika Allah mahukan sesuatu itu terjadi, tak perlu sesiapa yg menyuruh dan jika Allah mahu menghalang sesuatu itu terjadi, tak perlu siapa yg membantu.


"Sesungguhnya urusanNya apabla Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadaNya, 'Jadilah!' maka jadilah sesuatu itu"
(Yasin:82)

No comments: