Monday, August 18, 2008

Izinkan aku menumpang...(Part 3)

“Namun ibu, andainya aku diwujudkan Tuhan dari benih suamimu ,andainya ibu punya suami yang boleh ku gelar bapa, andainya aku boleh dinasabkan atas nama insan yg ibu cinta, sudah tentu ibu sujud syukur kepada Tuhan dgn kehadiranku ini.Sudah tentu ibu tertunggu2 akn kelahiranku ke dunia.Sudah tentu ibu mengangap aku pelengkap masa depanmu.Sudah tentu ibu menganggap aku penyeri hidupmu.Sudah tentu cita2mu ibu adalah utk memiliki aku.Pastinya kelahiranku kelak dirai dgn penuh rasa kesyukuran kepada Yang Maha Mengurnia.Di kala itu akulah anugerah Tuhan yang paling ibu nanti-nantikan.Akulah nyawa ibu.Tapi apakan daya, ibu tak punya status seorang isteri oleh itu aku menjadi hina di sisi ibuku sendiri. Aku bukan lagi sebuah anugerah dari Tuhan buat ibu tetapi balasan buruk dan malapetaka dari Tuhan.Aku adalah sampah yg jijik di hatimu.Itulah nilaiku disisimu ibu.Namun ibu, aku masih mahu memohon darimu.Memohon sedikit belas dari insan yg paling rapat dgnku.Aku mahu mohon ihsan darimu.Kerana apa?Kerana dikau ibuku.Gerangan termulia yg mampu ku berikan kpdmu.Wahai ibu,izinkan aku menumpang di rahimmu, izinkan aku lahir melihat dunia,izinkan aku memanggil dirimu ibu,izinkan aku merasai titisan susumu,izinkan aku bermain dan bersenda denganmu,izinkan aku merasai kasih sygmu,izinkan aku mendoakanmu,sudilah kiranya kau mendakapku dgn penuh rasa sygmu,sudilah kiranya kau mendidik aku menjadi insan yg berjaya di sisi Tuhan.Aku mungkin adalah musibah buatmu di saat ini namun di masa hadapan aku mungkin adalah kunci utkmu menempah syurga Allah.Aku adalah anugerah Tuhan buatmu dan aku juga adalah ujian Tuhan buatmu. Janganlah ibu sia-siakan amanah ini.Aku adalah harta ibu yg hakiki dan begitu juga ibu dihatiku.Ibu bukan insan paling malang krn memiliki aku.Ibu tidak ‘kotor’ kerana melahirkan aku.Aku adalah tanda cinta dan syg Allah buat ibu.Tabahlah ibuku. Kuatkan hatimu. Aku dtg utk memujuk kesedihan ibu.Aku tahu iman ibu masih kental.Ibu tidak sanggup membuang aku walaupun ibu mampu melakukan itu.Kerana apa?Kerana kau insan bergelar ibu.Telah Allah hadiahkan naluri agung itu buatmu. Ayuh ibu!Marilah merebut cintaNya”.
To Be Continued...

No comments: