Saturday, September 6, 2008

Tatkala Ku Terima Hidayah...



Huishhh! hari berganti hari, minit berganti minit, saat berganti saat, pejam celik pejam celik, nmpknya exam semakin berakhir, one more paper to go...Alhamdulillah. Berkat2 study group kot...byk gak soklan yg we all discuss keluar time exm. Wow! bila baca je soklan yg rasa2 cam penah dgr je tu, terus senyum sorang2 smpi ke telinga. nasib baik le pengawas peperiksaan x prasan, klu x mesti dorang ingat hamba ni x 'berapa sihat', almaklum la paper psychi plak masa tu.


Bayangkan...hamba yg mmg x minat study group ni, bleh plak terjebak dlm kancah study group time2 genting study week ni. Fulamak, ajaib gak. Selalunya study week ni, adalah utk kite sume study sendri. Tapi pe nk buat. hamba mmg dah x leh tahan dah. Sbb otak ni dah x leh nk 'consolidate' pe yg hamda blaja. Oleh iu, terpaksa la hamba amik jalan alternative utk wat sesuatu demi nk duduk exam kali ni. Hamba join la study group 3 org sahabat hamba ni. hamba 'angkut' skali rummet hamba yg sama2 x leh nk blaja sendri. Mmg x tipu, ia berlaku secara tiba2. Hamba n rummet pun pelik gak. Mmg x leh masuk dlm kepala otak. Kte org pon berkampung le kat blek sorang kwn ni lebh kurang 7 hari 7 malam...Maka terbit la study group yg direalisaikan oleh 5 0rg makhluk hingga ke hari peperiksaan.


Sepanjang study week mmg happy btol. kami bertungkus-lumus utk kebaikan bersama. X lupo gak berdoa utk ke'sukses'an bersama. Terselit gak gurau senda n sakat menyakat di antara kami. Kadang2 terlampau juga, namun cepat2 kembali ke pangkal jln takala ditegur rummet ku yg tegar...Kuikui! Walopun, kami exm dlm bulan yg penuh barakah ni, semangat menyambut Ramadhan tetap kental, terawih tetap terawih...Hehe.


Exam semakin dekat...Huishhh! seramnya. Kami betol2 mengharapkan doa2 ayah bonda dan sahabat handai. Sampai skang doa masih lagi dipanjatkan. Moga Allah terus menyalurkan pertolongan dan hidayah buat kami.


Alahamdulillah inilah hikmahnya study group, itulah hebatnya Allah punye plan. Sukar bg manusia utk mentafsirkan perancangan Allah buat dirinya kecuali mereka2 yg betul2 mahu berfikir. Mungkin jika sy terus study sorang2 kat blek, sy x dapat pun hidayah Allah ni ketika exam. Mayb hamba x dapat jawab soklan peksa tu yg kebykkannya adalah hasil discussion kami sepanjang study week. Thank u Allah. Engkau mmg Maha Menolong.Itulah keberkatan berkongsi ilmu, x perlu kedekut ilmu, ia akn makin bertambah jika kte sudi kongsikannya.


Buat sahabat2ku, terima kasih buat kalian ber4. Kalian adalah antara kekuatanku. Sesungguhnya Allah x pernah kedekut. Mari teruskan berdoa. x pernah berputus asa. Pujuklah hati kita.


Sekarang ni, kami serahkan segalanya kepada Yang Maha Menentu. Kami mohon agar Dia kurniakan yg terbaik buat kami. Moga dia jadikan kami hambaNya yg bersyukur dan selalu mengingatiNya tatkala Dia hadiahkan kami kejayaan. Dan semoga dia memujuk dan kuatkan hati kami jika Dia mahu menguji kami dengan kegagalan. Ya Allah! Redhakanlah kami dlm menerima segala ketentuanMu. Sekalian keajaiban adalah milikMu yg mutlak. Jika kau mahu memberi nescaya tiada siapa mampu menghalang. Amin!






No comments: